August 31, 2015

4 Tips menjadi pendengar yang baik

Assalamua'laikum.

Kenapa perlu menjadi pendengar yang baik?



Selalu kita katakan, untuk menjadi seorang ibu bapa yang baik, kita perlu memahami anak. Untuk memahami anak, kita perlu menjadi pendengar yang baik.

Sebenarnya, menjadi 'pendengar yang baik' bukan hanya untuk anak kepada ibu, boleh jadi juga suami kepada isteri, sahabat kepada sahabat dan kepada sesiapa sahaja. Bila kita dapat menjadi pendengar yang baik, lebih ramai orang akan sukakan kita. Kerana bagi mereka, kita telah memahaminya.

Ramai orang yang 'mendengar', tetapi tidak 'memahami'. (Hear but not listen). Mendengar adalah satu proses fizikal, manakala 'memahami apa yang didengar' adalah satu proses melibatkan mental. Ramai orang kuat bercakap dari mendengar. Rasa macam dia semuanya betul. Pendapat orang lain diabaikan dan ditolak ke tepi. Hmmm, pernah terfikir tak kenapa Allah beri kita dua telinga dan satu saja mulut??


1) Attitude / Sikap

Pertama sekali kita mesti ubah sikap atau attitude kita sendiri dengan cara berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi pendengar yang baik. Keputusan dan pilihan adalah di tangan kita. Kita yang memilih sama ada 'nak dengar' atau 'tak nak dengar'(abaikan). Itu adalah pilihan kita. Jadi, apabila kita tanamkan azam menjadi pendengar yang baik, kita memilih untuk itu.

Selalunya, apabila berkomunikasi dengan anak (contohnya), kita bertanyakan soalan kepadanya. Tapi, kita tidak mendengar pun dnegan teliti jawapannya. Apa yang lazim berlaku ialah, kita 'teka-teka' saja jawapan atau kita tak bagi anak menjawab langsung.

Contoh, ibu tanya 'anak nak makan apa?' (sambil ibu belek iphone)
Tak sempat anak menjawab, ibu dah belikan donat, keropok etc etc.
Itu bukan pendengar yang baik.



2) Mengalu-alukan atau tunjukkan minat

Tips seterusnya ialah mengalu-alukan anak untuk bercakap atau bercerita dengan kita. Kita boleh tunjukkan dengan cara tunjukkan bahawa kita benar-benar berminat untuk mendengar apa yang ingin dikatakannya. Pandang ke matanya, tunggu dia bercakap, jangan potong percakapannya.

Anak boleh tahu kita ikhlas tak nak mendengar luahan hati mereka. Kalau mereka bercerita, sambil kita ibu bapa tengah tengok TV, atau surf internet, anak pun naik angin jadinya sebab ibu tak berminat nak dengar pun. Mulalah si anak buat perangai, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi.

Jadi, letak handphone ke tepi, duduk sebelah atau berhadapan anak dan renung matanya, dan berbuallah serancaknya.

3) Berfikiran terbuka

Macam mana kita katakan yang 'mama berfikiran terbuka, cakaplah apa saja'. Tapi belum anak habis cakap sepotong ayat pun, kita dah melatah "jangan!", "tak boleh". Sudah tentu anak anda akan rasa sedih.

Sepatutnya, kita dengar saja dulu apa yang anak cuba katakan. Kemudian, jika ia nampak macam tidak bagus atau tidak sesuai, timbulkan beberapa persoalan untuk anak kita jawab. Jangan sekali-kali menyampuk.

4) Stay focused
Tips yang terakhir ialah pastikan anda fokus. Kalau anak datang mengadu pada anda, pastikan anda fokus. Dengar dengan teliti. Pandanglah ke matanya. Yang penting, jangan buat kerja lain (multitasking) macam tengah selfie ke, berfacebook ke, melayan pelanggan di whatsapp ke.

Fokus kepada orang yang sedang bercakap. Barulah anda lebih memahaminya. 




3 cara kurangkan kegilaan ipad pada anak-anak

Assalamua'laikum

Sebut saja tentang Ipad, semua orang suka. Siapa yang tak nak memiliki ipad sendiri? Semua orang nak. Dari ibu, ayah dan anak-anak pun suka. Bila semua orang "main" ipad, sudah pasti kanak-kanak pun nak "main" ipad juga. (Nampak tak perkataan "main" dekat situ). Kanak-kanak memang suka main kan?

Jadi macam mana? Kalau seisi keluarga dah menggunakan ipad untuk web browsing, facebook, youtube, games, kanak-kanak pun akan ikut juga. Dan ada juga sesetengah patient saya, yang seisi keluarga ada ipad sendiri. Contoh ayah satu ipad, mak satu ipad, abang umur 12 tahun satu ipad, abg ngah umur 10 tahun satu ipad, abg chik umur 4 tahun pun ada ipad. Tambah lagi seorang, adik baru umur 13 bulan, ayah tengah berkira-kira nak beli ipad tak untuk adik ni. 

Hmm

Sebenarnya elok ke tak ipad ni?

Sebenarnya ipad ni adalah satu alat pembelajaran yang bagus, kalau digunakan sebaik-baiknya. Jadi, adakah anda bersedia untuk menggunakan ipad sebagai alat pembelajaran? Adakah anda mempunyai masa untuk bersama-sama menggunakan ipad sebagai alat pembelajaran? Adakah anda bersedia untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya? (Janganlah biarkan anak-anak main ipad sendirian tanpa pengawasan dan kawalan). Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Ok. Sekarang macam mana pulak kalau anak saya dah memang addicted kepada ipad? Nak buat macam mana? 

Emm, ada 3 tips yang saya nak kongsikan. Tapi, perlu diingatkan yang setiap kanak-kanak adalah unik. Jadi, satu cara mungkin berjaya untuk seorang kanak-kanak, tapi tidak berjaya untuk kanak-kanak yang lain.

1) Beri mainan dan ajar cara bermain

Ramai kanak-kanak suka main ipad sebab ada banyak games. Ada  games Angry bird, mickey mouse, car drift dan macam-macam lagi lah. 
So, untuk menghilangkan ketagihan anak bermain ipad, beri anak mainan dan yang paling penting sekali ajar cara bermain. 

Anak saya Harith bila saya bagitahu nak bawak pergi kedai mainan, bukan main seronok lagi. Tapi, bila sampai kedai tu dari depan ke belakang ke depan balik ke belakang balik. Dia tawaf satu kedai tu berkali-kali, tapi tak tahu nak pilih mainan apa. 

Ada mainan yang dia dah ada. Bila saya cadangkan salah satu mainan dekat situ, dia tak nak. Lastly, saya ambil je dan terus bayar. Tapi setelah dipujuk lah (dengan bantuan papa nye..*wink). 

Tahu tak mainan apa? 


Ini dia. Main askar. Harga mainan ini pun murah saja, dalam RM7.50. Ada askar dengan 3 warna (hijau, coklat, biru), beberapa pokok, pagar dan pintu pagar, kapal terbang dan beberapa kubu. Banyak jugak kan? Tapi kecil saja mainannya.

Seronok sangat Harith main dengan kakak. Sebenarnya papa yang ajar cara nak main (sebab Harith tak pernah main pun mainan ni. 

Jadi, bila beri anak mainan, pastikan anda ajar cara nak main mainan itu ya. Cubalah dan lihat kegilaan anak anda kepada ipad akan merosot.

2) Melukis dan menulis

Satu cara lagi untuk mengurangkan kegilaan ipad anak-anak adalah dengan cara mengajak mereka menulis atau melukis atau menconteng. 

It's simple. Tak semestinya perlu beli buku itu, buku ini. Biasanya saya gunakan sekeping kertas a4, kemudian biarkan anak melukis apa yang dia suka. (Tips tambahan, tanyalah apa yang anak anda lukis. Dia pasti teruja nak ceritakan pada anda). 

Contoh lukisan Harith. 

Ini gambar keluarga. Ada papa, mama, kakak Tasneem, Harith dan baby Dzaheen. Emmm mama lah yang paling bulat dia lukis (dah macam Mr Potato). 

Biarkan anak melukis. Lukisan tak semestinya cantik sentiasa. Yang penting, beri peluang anak menunjukkan kreativitnya.

Keasyikan dia melukis dan memikirkan jalan cerita lukisannya, akan membuatkan kanak-kanak lupa pada ipad. Cubalah.

3) Ibu bapa sebagai model

Susah tak tips yang ini? Ibu bapa perlu menjadi model atau contoh kepada anak-anak. Kalau ibu bapa nak mengurangkan kegilaan ipad pada anak, ibu bapa pun mestilah kurang menggunakan ipad, terutama ketika berada di rumah dan di hadapan anak-anak.

Kebanyakan orang sekarang, bila di meja makan, semua orang pegang gadget. Ibu  bapa sibuk dengan iphone. Anak pula sibuk dengan ipad. Macam mana ni? Bila anak tengok ibu bapa sentiasa dengan gadget mereka, anak akan fikir itu satu rutin dan cara hidup sehingga menyebabkan ketagihan.

Jadi, hadkan masa anda menggunakan gadget terutama di rumah. Jika anda menjalankan perniagaan online sekalipun, tak perlulah anda 24 jam cek email atau message box. Ada masa untuk anda luangkan dengan anak-anak.

Anda juga boleh buat "kawasan larangan ipad" contohnya di meja makan dan juga bilik tidur. Serta "waktu larangan ipad" contohnya " sehingga jam 6:00petang sahaja".

Ok. Itu saja tips untuk kali ini. Feel free to discuss about this issue. 



September 10, 2012

Saat Berharga untuk Anak Kita



Assalamua'laikum,


Entri kali ini adalah berkaitan dengan buku Saat Berharga untuk Anak Kita, karya Mohammad Fauzil Adzim.


Apabila kita membaca tajuknya, kita pasti akan tahu dan dapat agak apa isi kandungannya. Ya, tentang saat-saat berharga dengan anak kita. Mesti ia menyentuh tentang luangkan masa dengan anak kita. Saya pun fikir macam itu juga.


Tetapi, apabila saya baca Bab Pertama buku ini, berlinang-linang air mata. Sebak sangat di dada. (Emosi pulak ye). Tapi, itulah yang saya rasakan.


Sungguh. Memang benar. Waktu kita sangat pendek. Anak-anak kita tidak selamanya menjadi kanak-kanak. Mereka akan membesar menjadi remaja dan kemudian dewasa. Hari ini mereka memerlukan kita. Hari ini mereka sangat-sangat merindukan kehadiran kita. Hari ini mereka merengek dan menangis apabila ayahnya pergi bekerja. Hari ini mereka menanti-nanti ayahnya pulang dari kerja untuk bermain bersama-sama. Walaupun sekadar 2 minit sahaja...

Kita mahukan anak yang pandai dan bijak. Tetapi, kita selalu lupa dari sudut emosi anak-anak. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian, tempat mengadu dan sebagainya. Ini akan menjadikan anak kita seorang yang mempunyai harga diri dan percaya kepada dirinya sendiri.

Ye lah, dalam dunia sekarang, terlalu banyak pengaruh dari pelbagai sumber yang kadang-kadang sukar kita kawal dan tidak mampu kita mengawalnya selama-lamanya. Tetapi, jika anak mempunyai jati diri yang utuh dan percaya kepada dirinya sendiri, InsyaAllah mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang buruk. Mereka tidak akan takut kehilangan kawan-kawan (jika dicabar melakukan aktiviti tidak bermoral dan maksiat). Kerana mereka percaya kepada diri mereka sendiri dengan pegangan agama yang kuat.

Ya, anak-anak bahagia jika kita sentiasa dekat dan meluangkan masa bersama mereka. Bukan kerana wang yang kita berikan, atau mainan yang kita belikan atau ipad/pc yang kita berikan. Tetapi, kerana masa yang kita luangkan untuk bermesra dan bermain bersama mereka.

Sebenarnya, ada banyak perbezaan antara "mempunyai masa bersama anak" dengan "meluangkan masa untuk anak".

Ada orang yang "mempunyai masa bersama anak", DEKAT TETAPI JAUH. Contohnya, ada bersama-sama dengan anak, menonton tv bersama (tapi ibu ayah ber FB di telefon), makan bersama tetapi yang peliknya, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Anak main sendiri, ayah tonton TV, ibu sibuk berFB. Kan pelik??? Duduk dekat-dekat, tetapi hati dan fikiran masing-masing jauh. Umpama orang ramai dalam LRT. Duduk dekat-dekat, tapi fikiran masing-masing melayang jauh.

Ya, sekadar memiliki waktu bersama mereka, tidak semestinya membuatkan kehadiran kita bererti.

Emmm, mari kita curahkan kasih sayang kepada anak di saat-saat yang berharga ini.




September 05, 2012

TV & Kanak-Kanak

Thoughts for parents about the effects of television watching on children – Current research highlights that it is not only what we watch on TV that has effect, but the watching of TV itself – regardless of program content.
Entri ni saya nak cerita tentang "ISI PROGRAM TV" saja, dan bukan tentang kesan-kesan negatif TV yang lain kepada kanak-kanak.

 Assalamua'laikum & Salam Sejahtera

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua. Masih lagi dalam 'mood' raya.


Alhamdulillah. Hari Raya kali ni banyak aktiviti ziarah menziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Yang dah berbelas tahun tak jumpa pun, jumpa balik. Bak kata pepatah, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita serasi-serasikan. 


Harith tak nak tangkap gambar sebab ngantuk lagi...

Entri kali ni saya ilhamkan semasa hari raya. Ye lah, bila melihat pelbagai ragam anak-anak dan tingkah laku masing-masing yang berbeza-beza. Ada yang pendiam, ada yang sangat mesra dan 'happy go lucky', ada yang asyik menangis je, ada yang suka berlawan, ada yang suka 'ragging' kanak-kanak lain, ada yang terlampau manja dan tak kurang juga yang asyik melekat dekat telefon / android / ipad je main game. Macam-macam tingkah laku nya.

Biasalah kanak-kanak. Macam-macam idea. Tapi, bila tingkah laku itu sangat di luar jangkaan, hati saya mula berkata-kata. "Ini mesti pengaruh dari tv ni". Kasihan anak itu. Hati mula memberontak nak je bagi 'advice' kepada ibu bapa nya. Tapi, tak sesuai pulak, selagi bukan ibu bapanya yang bertanya. Kan???
***Dan saya pun masih belajar dan pernah melakukan kesilapan tersebut.

Hmmm, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan apa yang ditonton di TV. Sebab tu lah kita perlu AWASI rancangan TV yang ditonton oleh anak-anak dan yang ditonton bersama-sama sekeluarga. (Walaupun rancangan 'favourite' kita. )

Sebelum ni pernah tengok cerita 'Iron Man 2' dengan Harith. Masa tu kami (husband & wife) nak tengok cerita tu, dan Harith tak tidur lagi dan tonton sekali. Kesannya, mulalah dia duk tekan button sana sini kat tangan la siku la, nak bagi keluar senjata.

Suami saya pula suka tengok cerita 'memancing ikan besar'. Apa ke tajuknya ntah. So, kami pun join la tengok sekali. Pancing ikan besar-besar kat sungai Afrika. Kesannya, Harith sangat minat memancing. Dan suka 'berlakon' tengah memancinglah kononnya.

Bila ada anak, saya memang cuba sedaya upaya sekat rancangan TV yang ditonton. Kami tengok cerita yang ganas (ada unsur tembak-menembak) bila anak-anak dah tidur saja. (Walaupun, hati nak sangat tengok cerita tu). Atau drama yang ada watak antagonis yang melampau dengan kata-kata yang melampau, cepat-cepat tutup TV atau tukar channel lain. Smackdown tu memang tak tengoklah. Tapi, bila balik kampung, (bukan senang nak mintak tukar channel lain), so ada la jugak mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Contohnya, suka menumbuk pulak. So, bila ada rancangan macam tu, saya bawak lah anak main atau tidur.

Cerita kartun kanak-kanak pun sama. Kena AWASI!!! Kalau boleh, masa mereka tengok TV tu, kita tengok sekali. Supaya kita tahu jalan ceritanya. (risau pulak nak tulis tajuk-tajuk ceritanya, nanti kot ada orang TV marah pulak.... huhuhuhu. Biarlah rahsia...) Tapi apapun, ada yang baik, ada yang buruk. Kalau yang baik, kita terangkan kepada anak apa yang baik. Sama juga kalau tingkah laku yang buruk.

Sekarang memang banyak tingkah laku anak-anak yang dipengaruhi oleh rancangan TV atau movie atau media massa yang lain. Yang ber'couple' dengan seks bebasnya. Yang gangster dengan aksi ganasnya. Yang cepat marah terus mengamuk berparanglah. Huhuhuhu.... Sedih dan takut tengoknya.
p/s: Saya tak tengok berita dengan anak-anak. (Sebab gambarnya yang 'real' dan penceritaan yang jelas akan mempengaruhi minda anak-anak saya.) So, saya baca berita online je kat telefon.

Pernah abah cakap pada saya masa dalam kereta " Ustaz abah masa abah mengaji pondok dulu pernah cakap, nanti akan ada satu masa, orang yang telanjang datang rumah kita. Tengoklah sekarang, hari-hari memang ada je orang yang tak menutup aurat dalam TV. Lebih dari tu pun ada. Memang kan rumah kite kan?.'

Jadi, awasilah rancangan TV atau drama atau movie sama ada yang anak kita tonton atau kita tonton bersama anak-anak. 

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk kita semua:


  1. Kedua ibu bapa perlu TEGAS tentang rancangan yang boleh ditonton dan berapa lama boleh menonton TV. (tak boleh seorang je yang main peranan, tak jalannnn..... errrr, TEGAS tak semestinya perlu pukul ye..)
  2. Buat aktiviti lain - Contohnya melukis, mewarna, berkebun, bersukan, mengaji dan macam-macam lagi. (Kanak-kanak belajar melalui 'BERMAIN'. Ibu bapa perlu belajar 'BERMAIN'.)
  3. Galakkan anak-anak MEMBACA. Bacalah bersama-sama mereka. 
* tiap-tiap malam tengok TV Al-Hijrah untuk biasakan anak dengan Al-Quran,
   selain membaca Al-Quran di rumah. 


OK. That's all. Semoga berjaya. 




"Time is more precious than money. You can always earn more money. But once time is spent, there's no way to get it back.

June 20, 2012

Kenapa "kemahiran MENIRU" penting??? (Pre-verbal language skill)

Assalamua'laikum

Hari ni saya sangat gembira kerana selepas 3 sesi terapi dijalankan, klien saya berjaya meniru bunyi pertuturan dengan nada dan sebutan yang betul.

Saya rasa sangat teruja dan sebenarnya pujian harus diberikan kepada kedua ibu bapanya serta keluarganya yang bertungkus lumus melakukan aktiviti rangsangan bahasa di rumah, seperti yang telah saya sarankan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, dengan sedikit tips (iaitu teknik yang betul), InsyaAllah segalanya menjadi mudah.


Apa itu kemahiran MENIRU?


  • Meniru ialah kemahiran mengulang atau mengikut sama ada aksi, bunyi, perkataan atau memek muka. 
  • Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran pra-bahasa. 
  • Untuk meniru, kanak-kanak itu perlulah memberi tumpuan kepada apa yang orang lain sedang lakukan atau cakapkan. 



Kenapa kemahiran MENIRU penting?


  • Dengan meniru, bayi dan kanak-kanak boleh belajar bahasa, isyarat, cara bercakap dan macam-macam lagi. 
*ini termasuklah perkara positif dan negatif. 

*Pernah seorang bapa memberitahu saya supaya saya memukul anaknya semasa sesi terapi. Isk.. Isk... kerana katanya di (satu tempat yang lain),mereka menggunakan rotan untuk membuatkan anak diam atau memukul anak itu.

Tapi, saya telah menolak permintaannya. Saya katakan kalau saya pukul anak ini, sekejap saja dia akan belajar untuk pukul kita balik. Ya, anak itu ada kemahiran MENIRU. Dan meniru aksi fizikal adalah antara kemahiran meniru yang mudah. Jadi, berhati-hatilah dengan tingkahlaku kita ye kerana anak sentiasa memerhati. 


Ada tak kanak-kanak yang tidak pandai MENIRU?
  • Ya, memang ada. Dan kebanyakannya mempunyai masalah perkembangan bahasa, pertuturan & komunikasi. 
  • Sebab itulah kemahiran ini antara kemahiran yang penting. 


Perkembangan Kemahiran MENIRU


Gambar hiasan

  • Kemahiran ini berkembang mengikut peringkat. Satu peringkat membantu peringkat yang seterusnya. Sehinggalah kanak-kanak tidak lagi meniru, sebaliknya menggunakan kemahirannya dengan spontan. 
1. Bayi
  • pada peringkat awal, bayi akan meniru bagaimana untuk memberi perhatian (tumpuan) - sama ada kepada bunyi atau objek (mendengar & melihat). 
  • dulu masa Tasneem bayi, ramai kawan-kawan saya kata, Tasneem memang suka memerhati. Sampai bos saya pun dia tengok aje. (macam tahu je bos ni lah yang marah mama masa Tasneem dalam kandungan dulu. Hehehe)
  • Bayi juga belajar mengambil giliran untuk meniru memek muka. Baby akan senyum, buat muka sedih, merajuk dan macam-macam lagi. Comel kan?
  • Kebanyakan bayi akan cekap meniru dengan memerhati tingkah laku orang disekelilingnya atau persekitarannya. 

2. 7 hingga 8 bulan
  • Pada peringkat ini, bayi akan membuat pelbagai bunyi dan akan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarnya. (tak kisahlah sama ada bunyi pertuturan / percakapan atau bunyi persekitaran cth bunyi ayam, bunyi telefon etc)
  • tengok video ni. cute kan? Baby ni cuba tiru ayahnya bersin. 


3. 12 bulan ke atas

  • kanak-kanak mula meniru intonasi. Emm, faham tak apa itu intonasi? Contoh intonasi : kita kata "o o" -kalau benda jatuh. atau "mana?" (intonasi soalan)
  • kanak-kanak akan mula meniru gaya anda bercakap di telefon, atau gaya anda marah mereka "no" ( anak akan marah orang lain atau "doll" nya). - contoh sahaja
  • masa umur ni, anak memang sangat pandai meniru aksi menari, menyanyi, berzikir atau main cak-cak & macam-macam lagi. -Excellent!
  • kemudian, anak akan mula meniru segala yang berlaku di persekitaran mereka. Termasuklah, cara menyapa (greetings) (contoh : masuk rumah, bagi salam) etc, cara berkawan (main dengan kanak-kanak lain) dan sebagainya
  • kemudian, anak akan meniru pertuturan kita dari satu perkataan sehinggalah bercakap dalam ayat. 

Persoalannya ialah : Perlu ke kemahiran ini diajar?
  • kebanyakan kanak-kanak akan belajar kemahiran meniru ini secara natural, tanpa perlu diajar.
  • Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang bermasalah (contoh : masalah perkembangan fizikal / bahasa, masalah pendengaran atau pembelajaran dan lain-lain), mereka memerlukan bantuan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini.

5 TIPS untuk membantu meningkatkan kemahiran meniru kanak-kanak:
  • Pastikan ada "eye contact" bila bercakap dengan anak. 
    • Pastikan apabila bercakap dengan anak, anda melihat mukanya, dan anak pun melihat muka anda. 
    • Elakkan bercakap sambil lewa sahaja. 
    • Biasanya, saya akan dukung anak, atau duduk, untuk dapatkan "eye contact" yang lebih baik. Sebab kedudukan mata & muka lebih kurang sama sewaktu dukung  atau kita yang duduk
  • Janganlah malu
    • Em, janganlah malu nak bermain dengan anak. Memang tak dinafikan ada ibu bapa yang malu untuk "berseronok" atau bergurau senda  bersama dengan bayi / anaknya. 
  • Tiru balik 
    • apabila anak cuba membuat sesuatu aksi atau memek muka, atau bunyi, tiru lah balik apa yang dilakukannya. 
  • Menyanyilah
    • cara paling mudah dan seronok untuk anak ialah dengan "menyanyi". 
    • anda boleh menyanyikan lagu kanak-kanak, nursery rhymes, nasyid atau apa sahaja. Buatlah aksi yang comel dengan lagu anda itu - untuk anak meniru.
  • Gunakan cermin, atau puppet
    • anda boleh gunakan cermin untuk meningkatkan kemahiran ini. Anda menyanyi dan beraksi, kemudian bantu anak untuk meniru. (simple je, macam nyanyi lagu "if u happy and u know, u clap ur hand - lepastu tepuklah tangan). 
    • Honestly, memang ada kanak-kanak yang tak boleh meniru pun aksi "tepuk tangan" tu, walaupun bagi kanak-kanak lain ia adalah mudah. 

Sekian saja tips hari ini. 

*Kalau anda perhatikan anak atau anak kawan-kawan yang bermasalah, rujuklah pakar kanak-kanak atau Speech Therapist yang berdekatan. Ini kerana info ini hanya maklumat am sahaja. Dan setiap kanak-kanak adalah unik dan berbeza. 






June 16, 2012

Tahu tak ??? Anak lebih suka bermain dengan ibu bapa, daripada menonton TV.

Assalamua'laikum.

Tahu tak?? Sebenarnya anak-anak kita lebih suka bermain dengan ibu bapa mereka, daripada menonton TV. Hmm.. Menarik kan???


Tapi........ kenapa ibu bapa fikir anak-anak lebih suka menonton TV daripada bermain???

Dan ibu bapa fikir, yang mereka tak ada masa pun nak "main" dengan anak-anak.

Atau ibu bapa fikir, mereka sudah lupa macam mana nak "main" sebab sibuk dengan kerja, tekanan dan macam-macam lagi.


Sebenarnya, apabila anda menjadi "ibu bapa", anda mesti tahu bahawa bayi atau anak anda memang suka bermain dengan anda. Betul tak??? (kecuali anak tu memang mempunyai masalah komunikasi seperti Autism dan sebagainya).

Tapi, dah jadi tabiat kita sebagai ibu bapa untuk melengah-lengahkan atau mengabaikan permintaan anak untuk bermain. Ye lah, kesibukan di tempat kerja dan menguruskan anak di rumah menyebabkan ibu bapa ingin berehat.

Mungkin kita akan katakan "bukan sekarang", "sekejap lagilah", "mama ada kerja kejap ni". Dan kesannya anak akan menonton TV sendiri tanpa ditemani ibu bapa, atau bermain sendirian. Apabila ini kerap berlaku, tidak hairanlah bila anak remaja masa kini lebih suka memerap di dalam bilik mereka atau menghabiskan masa di depan TV atau PC, dan kurang berinteraksi dengan ibu bapa. Bila difikirkan, ruginya kita sebagai ibu bapa jika tidak mendidik sikap 'kekeluargaan' itu dari kecil lagi, supaya tidaklah anak lebih suka berkongsi rasa dan rahsia dengan kawan berbanding ibu bapa sendiri. "FAMILY FIRST".

Bila anak ajak bermain, tidak semestinya mereka bagitahu dengan verbal semata-mata. Mungkin anak datang kepada anda, dan bawa belon. Itu tandanya anak nak mengajak anda bermain belon. Atau anak datang bawa buku cerita. Sebab nak kan anda bercerita kepadanya.

Saya tak nafikan bahawa kesibukan kita membuatkan kita penat dan kononnya tiada masa untuk "bermain" bersama dengan anak. Tapi, tahukah anda, apabila kita meluangkan masa bersama anak-anak, ia adalah satu pelaburan yang besar. Bukan sahaja "pelaburan" untuk anak-anak meningkatkan kemahiran berfikir mereka, malah satu "pelaburan" untuk kita sebagai ibu bapa. Supaya anak sentiasa menghargai dan menyayangi serta sanggup meluangkan masa untuk bersama kita apabila mereka dewasa kelak.

"Our lives are richer because of the time we spend with our children."

Jadi, marilah kita sama-sama berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak. Marilah bergembira bermain bersama-sama mereka.

*bermain tidak semestinya dengan alat permainan yang mahal semata-mata.
Main kejar-kejar pun satu permainan. :D

p/s: Hari ni saya nak main "pondok-pondok" dengan anak-anak. Jom!

Minggu lepas, kami semua pergi main layang-layang di Padang Polo.
Naik tinggi juga layang-layang Tasneem


Harith suka sangat memancing. 
Ni kat Sungai Perak.






June 13, 2012

Kenapa "speech therapist" tu "MAIN" aje dengan anak saya???

Assalamua'laikum..

Selalunya bila ada kes baru, antara persoalan saya ialah,
'pernah tak jumpa "speech therapist" sebelum ni?'.
 Kalau jawapannya "pernah", saya akan tanya lagi.
"Apa yang speech therapist dah ajar sebelum ni?".

Soalan ni penting. Sebab bidang ini luas. Ada bahagian pertuturan (speech), ada bahasa (language) dan ada komunikasi dan penelanan (swallowing). Setiap speech therapist pula adalah unik dan berbeza, dan kebarangkalian yang tinggi untuk mereka fokus kepada perkara yang berbeza dalam bidang ini. Mungkin ada yang fokus untuk latihan oral motor, mungkin ada yang fokus untuk komunikasi. -- sebab itu persoalan di atas penting.

Tapi, 90% daripada para ibu bapa atau penjaga akan menjawab begini:
"speech therapist tu main je dengan anak saya. Dia main puzzle, main bola, main belon, main masukkan beads, tengok gambar, main anak patung dan sebagainya".

Huhuhuu.. sedih pulak saya mendengarnya. Nampaknya ibu bapa ini tidak faham apa yang sedang berlaku & dilakukan oleh terapis.

Emm, sebenarnya setiap aktiviti yang dilakukan ada MATLAMAT & RASIONAL nya.
___________________________________________________________________________________

Kenapa "BERMAIN" penting dalam terapi?

-Sebenarnya "bermain" memainkan peranan yang sangat penting dalam terapi pertuturan. Tambahan pula, kalau terapi itu untuk kanak-kanak.

-Ia bukan saja penting semasa "terapi". Tetapi semasa "speech therapist" menilai kebolehan anak itu, mereka bermain. Ya, ujian saringan dan diagnostik dijalankan sambil "bermain".

-Biasalah, bukan senang untuk kanak-kanak bermesra dengan orang asing yang baru pertama kali dijumpainya. Kalau tak kena caranya, mungkin tak nak masuk bilik terapi pun. Tapi kebanyakan patient tak nak balik dah, selepas jumpa 'speech therapist'. BEST dapat main macam-macam. :D

___________________________________________________________________________________

Apa kelebihan "BERMAIN"?

-Melalui "BERMAIN", speech therapist dapat membina hubungan yang baik dengan anak itu, sekaligus menjadikan proses 'ujian' atau 'terapi' berjalan lancar.

-Kebolehan & kelemahan kanak-kanak itu (secara kasar) dapat dinilai melalui aktiviti ini.

-Anak tidak tertekan dan dapat menumpukan perhatian lebih lama semasa terapi dijalankan. (sebenarnya, tanpa mereka sedari yang mereka sedang 'terapi'). No pressure. No stress. (sebab tu lah, ramai ibu bapa yang kata " oh, anak saya boleh fokus bila datang sini (speech therapy)".

- "Bermain" akan membuatkan "terapi" itu lebih menarik dan kurang menakutkan.

-Sebenarnya, "bermain" juga adalah salah satu kemahiran. Jika anak itu tidak pandai bermain, atau bermain dengan cara yang kurang sesuai, maknanya ia menunjukkan simptom2 berkaitan masalah pertuturan, bahasa atau komunikasi. Jadi, risaulah jika anak tidak pandai bermain. (Bermain ada banyak jenis. Saya akan cuba huraikan next entri)

-"BERMAIN" juga adalah asas bagi kemahiran kognitif kanak-kanak.

___________________________________________________________________________________

Apa pula kata ibu bapa?

-Malangnya, kebanyakan ibu bapa memberi impresi negatif apabila melihat terapis "bermain" dengan anak mereka. Mungkin ibu bapa terkejut, ye lah datang jauh-jauh, tunggu appointment lama (untuk dapatkan tarikh), bayar mahal untuk satu sesi, tapi.... tengok-tengok terapis bermain saja dengan anak.
("ini saya pun boleh buat di rumah", katanya dalam hati. Dan kebanyakannya datang semula dan berkongsi rasa kecewa kerana sesi "bermain" dengan anak mereka di rumah, kurang berjaya. )

- Biasanya saya akan libatkan ibu bapa dalam sesi terapi dan "coach & guide" ibu bapa dengan teknik dan tips semasa menjalankan terapi itu. Nak main pun, kena ada caranya...


Anda boleh bertanya soalan-soalan seperti ini:
  1. Apakah goal / matlamat  aktiviti ini?
  2. Apa hasil yang saya perlu jangkakan? 
  3. Apa yang perlu saya buat untuk bantu anak mencapai "matlamat" itu?
  4. Bagaimana saya nak aplikasikan dalam rutin harian?
  5. dan macam-macam lagi..... 
Oleh itu, saya berharap, para ibu bapa faham kenapa 'speech therapist' anda "BERMAIN" semasa sesi dijalankan. (sharing is caring)

Emmm, banyak lagi sebenarnya tentang PLAY ni.. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entri akan datang. 


___________________________________________________________________________________

Jom tengok gambar Tasneem & Harith MAIN:

Tasneem main masak-masak. Seronok sangat. 
Ni dekat Kidzoona kat AEON Ipoh.

Harith main 'hand puppet' ni dengan papa. 
Harith main 'lembu', papa 'singa'
MOOOO -- ROARRRR

Ni memang rutin harian Tasneem & Adik main sama-sama. 
Tasneem suka main 'masterchef'. Buat hiasan makanan, lepas tu suruh mama rasa & komen. :D

Ni main kat hospital. Seminggu berkampung kat hospital. 
Jadi, papa dah bawakkan macam2 toys.
Adik kena pneumonia masa ni.

OK. Sekian.
Jika ada soalan, saya tak keberatan untuk menjawabnya. 
Ilmu yang sedikit ini hanya pinjaman dari Allah, untuk dikongsikan bersama.