November 01, 2011

PLAY skills...

Salam,

Bagi org dewasa, kita meluahkan perasaan atau keinginan atau minat kita secara verbal iaitu bercakap. Ada kalanya kita meluahkan melalui tingkah laku atau pakaian atau apa sahaja cara yg lain (seperti muzik, warna dan sebagainya).

Tetapi bagi kanak-kanak, mereka meluahkan keinginan, perasaan, minat dan emosi melalui PERMAINAN (PLAY).

PLAY IS TO THE CHILD. VERBALIZATION IS TO THE ADULT. 
PLAY IS A MEAN OF COMMUNICATION.



Tips semasa bermain : 
  • set the limits - supaya kanak-kanak blh mengawal diri mereka. Beritahu apa yg boleh dan apa yg tidak boleh. Contohnya, "adik boleh main di sini selama sejam. Tetapi adik tak boleh cederakan diri sendiri atau mama. Dan adik perlu kemas semula mainan selepas bermain". Walau bagaimanapun, jgn terlalu banyak pantang larangnya. Biarkan anak explore sekeliling.
  • Beri peluang kepada anak untuk memilih permainan yg disukainya. Tak perlu ibu bapa pilih atau cadangkan. Jadi, letakkan alat permainan di satu tempat di mana kanak-kanak boleh melihat dan memilihnya.
  • Jangan complain / make judgement. Contoh complain, "ni tak boleh kat sini". Contoh judgement, "Oh, nak buat apa tu? katil patung ye?". Biarkan saja dan anda dapat melihat daya kreativiti anak anda.
  • Perhatikan anak semasa dia bermain. Peka sama ada anda di ajak bermain sekali atau anda tidak diajak bermain sekali. Tips: selalu beli 2 permainan yg sama, supaya mudah untuk bermain bersama-sama dengan anak anda.



2 comments:

  1. terdapat byk peringkat dlm permainan. Org dewasa juga blh bermain dan mendedahkan emosi atau perasaan luar sedar tanpa disedari. Jadi, luangkan masa untuk bermain dgn anak anda..

    ReplyDelete
  2. nak ajak anak main pasir... tapi masih tak berkesempatan.... lagipun anak-anakku alegik... huhuhu

    ReplyDelete

Jom bincang bersama..