November 02, 2011

Makan Bersama-sama

Hai. Dah makan? Makan dengan siapa?

Tahu tak, salah satu cara yang paling berkesan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan ialah dengan makan bersama-sama. Jika ibu dan ayah bekerja di siang hari, pastikan waktu malam, semua ibu, ayah dan anak-anak makan bersama-sama. Beradab bersama-sama. Bukannya sorang makan di depan PC, sorang di depan TV, sorang lagi tunggu orang lain habis makan baru nak makan.



Kebaikan-kebaikan makan bersama setiap hari:

  • merapatkan hubungan kekeluargaan
  • boleh bertanya khabar tentang aktiviti pada hari tersebut. Contohnya, tanya anak apa yg dilakukannya di sekolah
  • membantu menangani masalah stress di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak - kerana apabila berkumpul dan makan bersama, mereka masih berasa dihargai dan disayangi
Tips semasa makan bersama-sama:
  • elakkan makan di hadapan TV 
  • pastikan semua orang sedang makan - bukan membuat aktiviti lain. Contohnya, main game, telefon etc
  • Galakkan anak cuba makan sendiri - its ok untuk kita kemas balik. Apa yg paling penting ialah beri anak cuba untuk makan dan suap sendiri. Kalau anak anda makan sedikit sahaja, anda boleh menyuapnya kemudian. 

Tips: Kalau boleh solat berjemaah dan bertadarus bersama-sama setiap hari adalah sangat baik. Semoga keluarga kita diredhai Allah.

2 comments:

  1. tapikan aida..anak2 ni klo dh semeja tu, hajat di hati nak tnya apa aktiviti dorg tp klo dh 6mulut nk bercerita at 1 time, pening mak..bila gtau kna tgu giliran, mesti ada yg majuk..dikatanya kita syg org lain lebih, xsyg dia..kita xadil..cmno tu?

    ReplyDelete
  2. heheh.. kalau anak2 dah makin besar, kite boleh buat aktiviti lain... asalkan tujuannya untuk semua orang berkumpul... boleh solat jemaah sama2... then tadarus sama2... lepas tu boleh lah dengar luahan hati masing2 ( ala-ala meeting gitu)... tapi jgn lah panjang or lama sgt...kalau tak sempat sgt, sebelum tidur tu, boleh sembang2 dgn anak..
    p/s: apapun kena sesuai dengan peringkat umur anak tu..

    ReplyDelete

Jom bincang bersama..