November 02, 2011

THEORY OF MIND

Salam,

Hari ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang "THEORY OF MIND". Rasanya tak perlulah saya huraikan secara saintifik atau terlalu ilmiah, cukup sekadar anda faham dan boleh aplikasikannya dengan anak-anak anda.

Apa itu 'Theory of Mind'?

  • kebolehan menafsir status mental diri sendiri dan orang lain
  • ia berkaitan dengan kehendak, keinginan, kemahuan, kepura-puraan dan ilmu pengetahuan seseorang
  • memahami bahawa orang lain juga mempunyai kepercayaan yang berbeza (jadi, tak semestinya apa yg kita fikir dan lakukan adalah betul, tetapi orang lain tidak)


Sila lihat contoh di atas. Boleh tak anda jawab soalan tersebut.

"Where will Sally look for the ball?" - apa yang Sally akan lakukan, menunjukkan status kematangan mentalnya berfikir. Jika Sally tidak berfikir dari sudut 'orang lain', Sally akan mencari bola di dalam bakulnya sahaja, dan tidak akan mencari di dalam kotak.


Apa cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui 'Theory of Mind' ini?
  • sentiasa ajarkan anak anda perkataan yg berkaitan dengan emosi. Bukan sekadar 'marah, sedih, takut dan gembira' sahaja. Anda boleh ajarkan anak anda memahami perkataan 'tidak putus asa, bangga, kecewa, berusaha, berdikari' dan macam-macam lagi yg berkait dengan emosi. Ini membantu anak anda memahami tentang perasaan dirinya dan juga orang lain.
  • sentiasa bertanya anak anda, "apa yang akan dilakukannya, jika.........." 
  • Contohnya, jika anda membaca sebuah buku cerita berkaitan dengan 3 ekor ikan yg cuba berdikari membuat rumah masing-masing. Seekor ikan membuat rumah dari rumpai laut, seekor lagi dari kulit kerang dan seekor lagi dari batu-batu di dalam laut. Anda boleh bertanya kepada anak anda beberapa soalan seperti:
    • kalau adik jadi ikan tu, adik nak buat rumah dari apa?
    • kalau mama jadi ikan tu, mama nak.....(jawab la sendiri)
  • beri MASA untuk anak anda berfikir. Kebanyakan ibu bapa sentiasa nak cepat, sehingga tidak ada masa untuk menjadi pendengar yang baik. Beri masa kepada anak anda untuk menjawab soalan anda. Jangan ber sms atau ber fb atau bertanya soalan bertalu-talu kepadanya.
  • sentiasa ekspresikan perasaan bangga anda kepadanya. Selalunya, kita akan mula bersuara atau menjerit untuk memarahi anak seperti "JANGAN!!! NO!!" dan sebagainya. Ia tidak salah, tetapi lebih baik anak itu tahu kenapa ia tidak boleh dilakukan. Adakah ia merbahaya kepada anak anda atau sebagainya. Dan yang lebih baik, anda sentiasa memuji perkara 'baik / bagus' yang dilakukannya. Tidak perlulah anda highlightkan kesalahannya sepanjang masa. Contohnya, "mama bangga sebab adik bangun awal hari ini".

SELAMAT MENCUBA!!! Feel free to chat with me if u have any queries.



“Life affords no greater responsibility, no greater privilege, than the raising of the next generation.” - C. Everett Koop

Jom dapatkan buku yang sesuai untuk anak anda di www.tasneemshop.com



No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..