March 08, 2012

Perkembangan Bahasa & Pertuturan; Apa yang NORMAL?


Sebenarnya, perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sebelum  anak menyebut perkataan pertamanya.  Ia bermula sejak lahir,  iaitu melalui interaksi dan hubungan anda dengan anak  anda. Contohnya interaksi ketika mandi, menukar  lampin,  menyusu, bermain dan sebagainya.


Perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza dan unik bagi setiap individu. Secara amnya, kebanyakan kanak-kanak mula menyebut perkataan pertama semasa berumur 12 hingga 13 bulan. Kanak-kanak sudah mula mencantum dua perkataan bersama  dengan menyebut frasa pendek  seperti ‘nak minum’, ‘papa balik’ ketika berumur 24 bulan. (anak anda mungkin bercakap pelat, tapi masih menggabungkan 2 perkataan; contohnya /papa ayik/). Pada umur 3 tahun, kanak-kanak  sepatutnya sudah bercakap secara konsisten menggunakan sekurang-kurangnya frasa tiga atau empat perkataan  seperti ‘nak minum air’, ‘jom pergi jalan’  dan sebagainya. (Malah, ada yang bercakap lebih petah lagi).

Jika anak anda masih bercakap dalam satu  perkataan setiap ujaran pada  umur dua tahun, anak  anda mungkin mempunyai masalah kelambatan pertuturan. Masalah ini perlu diambil serius kerana ia  akan mempengaruhi perkembangan keseluruhan anak anda serta masa  depannya. Oleh itu, jika anda meragui sama ada anak anda mempunyai masalah  pertuturan dan bahasa atau tidak, rujuklah anak anda kepada pakar terapi  pertuturan dan bahasa supaya kemahiran pertuturan dan bahasa anak anda dapat dinilai dan didiagnos.

Walau bagaimanapun, ia adalah normal untuk kanak-kanak bercakap pelat pada awal usia mereka. Ini kerana, pertuturan atau sebutan kanak-kanak juga melalui peringkat pembelajaran atau perkembangan. Pada awalnya, bayi akan mula menyebut bunyi-bunyi bibir sahaja iaitu /m/, /b/ dan /p/. Dan sebab itulah kebanyakan panggilan untuk ibu bapa di seluruh dunia bermula dengan bunyi-bunyi ini. Contohnya, 'mama', 'mak', 'ummi, 'mummy', 'papa', 'appa' dan sebagainya. Jadi, anda perlu menjadi pendengar yang baik untuk mendengar dan meneliti apa yang cuba disampaikan oleh anak anda, walaupun bunyinya pelat.

Peez = 'Please'
Tank-o = 'Thank you'
(p/s: anak saya berusia 2tahun menyebut /yeyek/ = 'terbaik' *trademark Boboiboy)

Perkembangan  bahasa sebenarnya  bukanlah berkembang atau bertambah maju dengan pertambahan umur kanak-kanak. Ia berkembang dengan cara jika kanak-kanak mahir sesuatu kebolehan, ia akan membantu mendapatkan kebolehan yang seterusnya (it develops as  one skill helps  the next). Apabila kemahiran yang awal berkembang, ia membolehkan kebolehan  yang seterusnya  dipelajari.

Corak perkembangan bahasa berkembang sama seperti perkembangan fizikal kanak-kanak. Sesuatu peringkat membantu pembelajaran  peringkat seterusnya. Contohnya, apabila kanak-kanak  sudah mahir menerap, ia membantu mempelajari dan mendapatkan kebolehan merangkak. Apabila sudah pandai merangkak, ia membantunya  untuk duduk.  Setelah duduk,  ia  membantunya untuk berdiri dan seterusnya berjalan.
"It develops as one skill helps the next"

Sama  seperti perkembangan bahasa. Kemahiran pra bahasa adalah asas yang membantu perkembangan kanak-kanak untuk memahami bahasa dan seterusnya  menggunakan bahasa tersebut. 
*to be continue...


www.tasneemshop.com untuk mendapatkan bahan2 merangsang perkembangan bahasa anak anda.

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..