April 16, 2012

10 kesilapan semasa memberikan stimulasi / rangsangan bahasa kepada kanak-kanak



1.Terlebih jangkaan atau tidak realistik

  • Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kita. Dari segi pemakanan, penjagaan, pendidikan, pakaian dan termasuklah dari segi perkembangan motor dan perkembangan pertuturan bahasanya. Walau bagaimanapun, kadangkala ibu bapa mengharapkan anaknya mencapai tahap yang terlalu tinggi daripada yang biasa dicapai oleh kanak-kanak normal yang sebaya dengan anaknya. 
  • Tidak salah bagi kita ibu bapa untuk mengharapkan yang terbaik untuk anak kita. Tetapi, kita tidak boleh terlalu mengharap atau menjangkakan anak dapat memperolehi kemahiran yang terlalu sukar untuk dikuasainya. Setiap kemahiran yang diperolehi, adalah berperingkat. Tiada seorang kanak-kanak pun yang lahir dan terus boleh berjalan. Kanak-kanak itu akan belajar berjalan berperingkat-peringkat iaitu belajar menerap, merangkak, duduk, berdiri dan seterusnya berjalan. Begitu juga dengan kemahiran pertuturan. Ia adalah berperingkat iaitu kanak-kanak memperolehi kemahiran prabahasa seperti memberi tumpuan, mengambil giliran, meniru dan sebagainya, seterusnya memahami perkataan dan ayat, dan kemudian barulah bertutur.
  • Adalah tidak adil bagi anak jika kita membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun kanak-kanak tersebut sama umur dan jantina, tetapi perkembangan bahasa seseorang adalah unik dan setiap individu mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Ada yang dikategorikan dalam perkembangan yang normal, ada yang kurang dari paras normal dan ada yang melebihi paras normal.
  • Oleh itu, jika kita menjangkakan kemahiran yang terlalu tinggi, kebarangkalian ia tidak berjaya adalah tinggi juga. Ini kerana kanak-kanak tersebut belum bersedia untuk mencapainya. Contohnya, jika anda mengharapkan anak yang berumur 2 tahun menyebut ‘kakak’ dengan betul, ia mungkin sukar. Ini kerana kanak-kanak belum bersedia untuk menyebut huruf [k] dengan betul. Biasanya kanak-kanak akan menggantikan dengan huruf [t] dan berbunyilah [tatak].
  • Janganlah pula anda melabel anak tidak pandai bercakap hanya kerana perkara tersebut. Ini kerana tindakan anda melabel anak akan merendahkan tahap motivasinya dan menjadikan ia pendiam, tidak mahu mencuba serta cuba mengasingkan diri dari bergaul dengan orang lain.

2.Sentiasa menyuruh kanak-kanak ulang

  • mengajar anak bercakap, bukanlah seperti guru mengajar murid-murid di sekolah. Ini kerana, kita mahu menggalakkan komunikasi antara kita dan anak.
  • Jadi, tak perlulah sentiasa menyuruh anak ulang balik percakapannya. Sebaiknya, kita perlu galakkan dengan cara "rephrase" dan "expand" percakapannya.
  • Contoh: 
    • anak : 'hayeth nak huhu'
    • mama: 'Harith nak susu? Oh, Harith nak minum susu. Harith lapar ye.'

3.Sentiasa bertanya dan memberi arahan.


4.Membeli mainan tetapi tidak bermain bersama

5.Tidak mendengar apa yang dikatakan oleh kanak-kanak

6.Tidak memuji atau menggalakkannya.

7. Aktiviti tidak menarik

8. Tiada tunjuk ajar atau model

9. Tidak membantu (No prompt)

10.Tidak memberi peluang (pause time) kepada anak untuk bercakap.


P/s: kesilapan yang lain, saya huraikan dalam entri akan datang. :D

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..