April 04, 2012

Damia Hafaz Surah Pada Umur 2 Tahun!! =)




"Oh, ni bukan crita pasal adik darwisy darwisya yang femes tu ;) Tapi cerita tentang adik Damia dari Bintulu, Sarawak :) Mungkin tak dikenali di serata Malaysia, tapi saya ter inspirasi untuk ikut jejak langkah mama nya, a.k.a senior saya, kak Zunaidah Daud. Sebab Kak Idah ajar Damia ngaji adalah santai. Hehe. Saye ni kan suke yang santai2. Tapi tetap juga ter inspirasi dengan adik Darwisya Darwisy ;)

Cara Kak Idah adalah mudah, seronok, tapi tetap memerlukan kesabaran. Sesungguhnya nak deal ngan anak2 memang perlukan kesabaran. Kak Idah guna kan Muqaddam Bergambar untuk ajar Damia hafal surah -surah Juz Ammasejak Damia berumur 2 tahun. Sekarang alhamdulillah Damia dah boleh hafal lebih dari 5 surah! =)

Cara Kak Idah:

1. Ceritakan pada dia tentang gambar yang ada dalam muqaddam tu. Contoh nya surah al-ikhlas ada gambar orang pergi masjid, dan orang sembah pokok.
Cerita kat dia, orang islam sepatutnya camni, solat kat masjid sembah Allah. Orang yang pergi masjid Allah sayang, mama pun sayang =) (anak ni dia suka kalau dgr mak dia cakap mak sayang dia)

Pastu tunjuk pulak kat orang yg sembah pokok. Cakap ha yang camni tak boleh, berdosa sembah pokok. Allah marah, mama pun tak suka. Orang sembah pokok masuk api neraka. Panas tau.

2. Lepas tu, anak akan take turn untuk dia pulak nak cerita kat kita. Dia nak cerita balik gambar tu ikut cerita yang kita btau, pastu ada lah tambahan imaginasi dia. Layan je :) Pastikan anak gembira dan seronok semasa sesi bercerita bersama Muqaddam Bergambar ;)

3. Lepas tu, dah seronok2 bercerita, Kak Idah btau, Damia tetiba teringin nak tahu tentang tulisan ayat quran kat muka surat tu. Damia cakap 'mama apa ni, Damia tak faham.'

Ok masa tu lah kita ajak anak kita baca ayat Qur'an. Satu demi satu ayat. Perkara ni mudah bila anak dah mula seronok dengan cerita yang kita create dalam Muqaddam Bergambar, dan anak sndiri yang minta di ajarkan. Bukan ajar eja ayat tau, tunjuk ayat tu, dan baca semua terus. Contoh, baca 'Qul, Huwallahu, Ahad' Insya-Allah anak boleh ikut :) Sambil baca, sambil tunjuk kat perkataan.

4. Ulang sesi membaca ni banyak kali, tapi jangan sampai membosankan anak. Sebelum stat sesi baca surah, mulakan dengan sesi bercerita gambar muqaddam ke. Insya-Allah bila ulang-ulang, anak akan mudah ingat. Otak anak ni macam span, semua mudah masuk dalam kepala.

Teringat time baby Muhammad umur 2 bulan, kitorang saja2 main2 sambil recite surah al-ikhlas ngan baby Muhammad. Alhamdulillah to our surprise, cepat je dia dpt tangkap, and his first word was 'Ahad'! =) Ulang- ulang ayat tu sambil geletek2 baby, baby ni cepat tangkap kalau he finds it fun and exciting! =)

Apa yg sy belajar, baby ni  memang tak suka benda yang tak memberi keseronokan pd dia. Sebab tu baby lebih suka kalau org main cak cak, geletek2, gelak2, dan semua yg berunsur funnnn ;)

Contoh, antara belajar Alif Ba Ta satu2, dan bercerita tentang kartun comel. Mana lebih menarik? Kite yang orang dewasa pun rasa kartun comel lebih best kan? Jadi guna kan kartun comel untuk ajar anak mengaji. Memula kita ajar dia baca qul hu wallahu ahad sampai habis. Lepas tu mesti dia akn rasa, eh tringin nak baca sendiri, takmo asek2 minta mak bacakan. Dan dia akan sndiri minta, mak, cemana nak baca ni sndiri? Boleh mak ajar eja ayat ni? =)

Lepas ni, biiznillah, saye share method Kak Azwati pulak ek, insya-Allah ;) Seronok blaja ilmu parenting dari orang yang dekat ngan kite. Best! Rasa mudah faham, dan senang nak praktikkan :) Moga perkongsian ni membawa manfaat kepada semua parents di luar sana :D

Muqaddam Bergambar ni harganya RM 15 sahaja, plus PERCUMA CD Juz Amma =)

CD ni boleh di pasang dalam kereta, dan Qari nya adalah Misyari Rashid =) Harga exclude postage fee.

Untuk order:
Boleh email : aida_illiyin@yahoo.com /aidaspeech @gmail.com (email anda akan dibalas dalam temph 24jam)
atau sms/call 0194477963
atau www.tasneemshop.com

blh add sy di fb : aida_illiyin@yahoo.com


credit to: diaryofmuhamad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..