May 23, 2012

AD DHUHA Speech Therapy Centre

Assalamua'laikum


Alhamdulillah. setelah pelbagai dugaan, onak dan ranjau yang dilalui, maka bermula pada Mei 2012, Ad Dhuha Speech Language Therapy Centre telah dibuka. Buat masa ini, saya cuma menumpang di kedai cermin mata Cahaya Insan Optometry (kedai cik abang). Apapun, tempatnya selesa dan sesuai untuk menjalankan terapi pertuturan-bahasa di situ.


Di mana???


Bila saya katakan saya "SPEECH THERAPIST", ramai yang tak tahu 'apa tu speech therapist?', 'macam physiotherapist ke?' ' ada ke course ni?' dan macam-macam soalan lagi. 


Sebenarnya, saya graduate dari UKM dalam bidang ijazah 'speech sciences'. Saya belajar selama 4 tahun di UKM dan bermula dari tahun ke-dua pengajian lagi, kami telah didedahkan dengan aktiviti klinikal (maknanya jumpa pesakit yang bermasalah). Saya kutip pengalaman klinikal dari pelbagai tempat. Antaranya, di hospital-hospital besar, Pusat Autism, Pusat Down's Syndorme, pusat kanak-kanak bermasalah pendengaran, Pusat Stroke, dan banyak lagi. 


Selepas habis belajar (sebelum majlis konvo), saya kerja sementara di HUKM. Dan selepas konvo, saya dapat tawaran kerja di KKM. Jadi bermula dari tahun 2005 sampai 2011, saya bekerja di Hospital KKM. Semasa bekerja, saya ada juga buat visiting ke sekolah-sekolah khas (bermasalah pendengaran).


Sehinggalah pada tahun 2011, bila anak bongsu saya yang berumur 1y/o+, kena pneumonia, dan kemudian frequent asthma attack yang agak teruk. Jadi, setelah berbincang dengan suami tercinta, saya mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji, dan seterusnya berhenti kerja.


Dan dalam masa beberapa bulan ni, tahap kesihatan anak saya semakin stabil (walaupun kena ambil inhaler setiap hari, tapi tak seteruk dulu). Alhamdulillah.


Jadi, sekarang saya membuka pusat terapi pertuturan saya sendiri.


ni lah 2 org buah hati saya. Papa tolong tangkapkan gambar kami.
Gambar ni dekat KIDZOONA... Best main dekat situ.


Em, patient yang macam mana yang kami jumpa???


Speech therapist sebenarnya mengendalikan pelbagai kes yang berkaitan dengan pertuturan, bahasa dan komunikasi (dan juga penelanan). Ia bukan untuk kanak-kanak sahaja, malah pada semua peringkat umur. Sebab kalau kita ada masalah komunikasi, kualliti kehidupan kita akan terjejas, kan..


Antara masalah pesakit ialah:
  • speech language delay (lambat bercakap)
  • Autism
  • ADHD
  • Specific Language Impairment
  • Down's Syndrome
  • Cerebral Palsy
  • Global Developmental Delay
  • Hearing Impairment
  • Stuttering (gagap)
  • Voice problem (masalah berkaitan suara)
  • Articulation problem (masalah sebutan)
  • Aphasia (stroke / traumatic brain injury)
  • Apraxia 
  • Dysarthria
  • dan macam-macam lagi.......
Antara pengalaman manis semasa saya bekerja ialah apabila pesakit saya yang tidak pandai bercakap langsung, akhirnya bercakap dengan lancar, dan boleh bercerita. Mulanya parents agak bimbang, risau juga anaknya perlu dimasukkan ke sekolah khas, Tapi, setelah menjalani terapi, anaknya menunjukkan perkembangan yang positif, dan akhirnya berjaya bersekolah di sekolah biasa.

Em, pengalaman yang lain pula ialah bila saya berdepan dengan beberapa orang bapa (ayah pesakit) yang meluahkan perasaan mereka kepada saya. Bukan perasaan lain ye.... :)  tapi, meluahkan rasa bimbang tentang anak mereka. Ada bapa yang tidak pernah mengambil tahu tentang anak (" buat apa saya sembang dengan mereka?" , "ayah saya dulu pun tak buat macam tu.", "tak pe, isteri saya boleh buat") dan macam-macam lagi. Ada juga bapa yang terlalu manjakan anak, sehingga anak tu tak tahu nak buat apa-apa pun, walaupun dah besar. ("Pn Zuraida, dah 20 tahun kahwin, baru saya dapat anak", "saya rasa saya yang kena terapi", "kalau boleh, saya nak dapatkan kerja kat sekolah anak saya belajar, tukang kebun ke, tender kantin ke")

Ada juga kes yang lain.. Hmmm...Ceritanya macam ni, ayahnya kena stroke, walau bagaimanapun, tak ada masalah yang teruk untuk berkomunikasi. Tiba-tiba selepas habis sesi, anak lelakinya masuk dan duduk depan saya. Katanya " Puan, berapa lama ayah saya boleh hidup sebenarnya?" . Huhuhuhu.. Terkejut jugak saya mendengar soalan tu. Saya tanya "kenapa?". Kemudian anak lelakinya tadi (dalam usia 20an) bagi tahu "ayah saya kata dia tak hidup lama dah. Katanya, doktor kata lagi sebulan aje. Ayah saya suruh saya kawin dengan si polan si polan. Katanya budak tu baik lah. Minggu depan nak suruh saya bertunang. Gila ape?? Masalahnya. saya tak nak kawin lagi. Saya tak kenal sangat pun dengan perempuan tu". 

Hmmm.. macam-macam cerita. Saya selalu anggap pesakit-pesakit saya umpama keluarga sendiri. Macam anak-anak saya sendiri. Dan hasilnya, setiap kali saya menjalankan terapi kepada kanak-kanak lain, perkembangan anak saya semakin bagus dan maju. Heran jugak! :)  Sebab saya buat terapi dengan orang lain, tapi anak saya yang semakin pandai. Mungkin itulah anugerah yang Allah bagi bila kita saling bantu-membantu.


Jika anda ingin membuat temujanji, anda boleh terus hubungi saya, sebab saya tak ada assistant pun lagi. Setakat ni pesakit pun tak berapa ramai lagi. Dan masa yang terluang tu, saya gunakan untuk bersama dengan anak-anak.


Sekian. Wassalam.


Pn Zuraida - 019-4477963
Email - aidaspeech@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..