May 04, 2012

MAMA, CERITALAH LAGI.....

Tiap-tiap hari, sebelum tidur, dah jadi rutin untuk kami satu keluarga bercerita. Tak kisah lah sama ada baca buku cerita atau cerita dengan 'doll' atau cerita macam tu je.


Sebenarnya dari Tasneem baby lagi. Nasib baik lah saya ada suami yang memahami dan sentiasa bekerjasama. Sebab suami sayalah yang akan jadi 'model' dan 'prompter' untuk membuatkan tasneem sangat suka membaca buku bersama-sama. Kadang-kadang, ada juga terfikir, kalau suami saya jadi Speech Therapist, mesti ramai orang sukakan dia. (Oh, tidak! Jangan marah ye abg.) :D


Gambar Tasneem masa bayi


Sebelum ni, tiap-tiap malam baca 1 buku sahaja, tapi sejak dua menjak ni, Tasneem akan request 2 buku cerita. Bukan itu saja, siap request tajuknya sekali. Saya pun hairan, macam mana lah dia tahu tajuk-tajuk yang dia tak pernah baca lagi tu. Sebab saya simpan dalam kotak dan agak tersorok. Pandai anak mama. Pandai observe.






Jadi, macam mana nak baca buku cerita???
Supaya menarik..
Supaya anak boleh beri perhatian..
Supaya adik yang tengah main ultraman pun, akan join juga...


Masa Tasneem bayi, memang Tasneem lebih suka main permainan dia. Tapi, kami berdua (saya dan suami) akan baca buku cerita tu. Saya baca, suami dengar, dan tokok tambah. Kemudian, suami baca, saya pulak dengar. Masa tu, Tasneem memang dah join sama-sama. Lepas tu, giliran Tasneem pulak. Untuk peringkat bayi, tak perlulah kita bacakan setiap satu perkataan dalam buku cerita tu. Tapi, gunakan ayat sendiri, yang sesuai dengan tahap umur anak kita. Kalau bayi, 1 hingga 2  perkataan ujaran, memang sesuai. Tambahkan bunyi. Sebab bayi masih lagi peringkat "cooing" dan "babbling". Jadi, peringkat seterusnya adalah bunyi yang bermakna.


Contoh:




Katakanlah, ini muka surat buku yang kita bacakan tu.
Apa yang akan anda "baca" atau "ceritakan".
Adakah anda akan "baca" - ' Saya mencuci tangan sebelum makan'
atau 'I wash my hands before eating'


OK ke? Kalau untuk anak yang sudah pandai membaca atau sedang belajar membaca, bagus. -->untuk "baca".


Tapi, untuk berkongsi buku cerita ini (book sharing) dengan bayi, saya buat macam ni.


"Ini mama."
"Hai mama"
"oh, mama nak makan. Nyam Nyam Nyam"
"Adik buat apa?"
"Oh, adik basuh tangan."
"Eiii, kotornya tangan."


* Dialog di atas hanya contoh semata-mata. Tapi sebenarnya panjang lagi. Harith pun sangat suka membaca. Tak payah susah-susah nak ajak. Dia sendiri akan datang, dan join sama-sama. Cuma cara bercerita dengan Harith (2 tahun) dan Tasneem (5 tahun), ada perbezaanya. Tapi, cubalah dulu ye.


Kalau untuk level Tasneem, ayatnya lebih panjang. 


Contoh : 
"Sekarang waktu makan tengah hari."
"Mula-mula, kita kena cuci tangan dulu"
"Lepas tu, kita duduk baik-baik. Nanti papa akan bacakan doa."
"Macam mana doa nya?"
-suruh Tasneem jawab.
"Kemudian, bolehlah kita makan"


*dalam dialog di atas, sebenarnya saya sedang mengajar "sequence" sambil selitkan moral value di situ. 


Jadi, Selamat Mencuba!!! 


Oh, ya. Kalau nak beli siri buku ni, boleh tengok kat link ni. Highly recommended!! Sebab gambarnya menarik. Satu set ada 10 buku dan kanak-kanak sangat sukakannya. 


*saya letak di ruang menunggu di Klinik Speech Therapy, dan buku ni lah yang menjadi rebutan kanak-kanak untuk membacanya. 

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..