September 10, 2012

Saat Berharga untuk Anak Kita



Assalamua'laikum,


Entri kali ini adalah berkaitan dengan buku Saat Berharga untuk Anak Kita, karya Mohammad Fauzil Adzim.


Apabila kita membaca tajuknya, kita pasti akan tahu dan dapat agak apa isi kandungannya. Ya, tentang saat-saat berharga dengan anak kita. Mesti ia menyentuh tentang luangkan masa dengan anak kita. Saya pun fikir macam itu juga.


Tetapi, apabila saya baca Bab Pertama buku ini, berlinang-linang air mata. Sebak sangat di dada. (Emosi pulak ye). Tapi, itulah yang saya rasakan.


Sungguh. Memang benar. Waktu kita sangat pendek. Anak-anak kita tidak selamanya menjadi kanak-kanak. Mereka akan membesar menjadi remaja dan kemudian dewasa. Hari ini mereka memerlukan kita. Hari ini mereka sangat-sangat merindukan kehadiran kita. Hari ini mereka merengek dan menangis apabila ayahnya pergi bekerja. Hari ini mereka menanti-nanti ayahnya pulang dari kerja untuk bermain bersama-sama. Walaupun sekadar 2 minit sahaja...

Kita mahukan anak yang pandai dan bijak. Tetapi, kita selalu lupa dari sudut emosi anak-anak. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian, tempat mengadu dan sebagainya. Ini akan menjadikan anak kita seorang yang mempunyai harga diri dan percaya kepada dirinya sendiri.

Ye lah, dalam dunia sekarang, terlalu banyak pengaruh dari pelbagai sumber yang kadang-kadang sukar kita kawal dan tidak mampu kita mengawalnya selama-lamanya. Tetapi, jika anak mempunyai jati diri yang utuh dan percaya kepada dirinya sendiri, InsyaAllah mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang buruk. Mereka tidak akan takut kehilangan kawan-kawan (jika dicabar melakukan aktiviti tidak bermoral dan maksiat). Kerana mereka percaya kepada diri mereka sendiri dengan pegangan agama yang kuat.

Ya, anak-anak bahagia jika kita sentiasa dekat dan meluangkan masa bersama mereka. Bukan kerana wang yang kita berikan, atau mainan yang kita belikan atau ipad/pc yang kita berikan. Tetapi, kerana masa yang kita luangkan untuk bermesra dan bermain bersama mereka.

Sebenarnya, ada banyak perbezaan antara "mempunyai masa bersama anak" dengan "meluangkan masa untuk anak".

Ada orang yang "mempunyai masa bersama anak", DEKAT TETAPI JAUH. Contohnya, ada bersama-sama dengan anak, menonton tv bersama (tapi ibu ayah ber FB di telefon), makan bersama tetapi yang peliknya, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Anak main sendiri, ayah tonton TV, ibu sibuk berFB. Kan pelik??? Duduk dekat-dekat, tetapi hati dan fikiran masing-masing jauh. Umpama orang ramai dalam LRT. Duduk dekat-dekat, tapi fikiran masing-masing melayang jauh.

Ya, sekadar memiliki waktu bersama mereka, tidak semestinya membuatkan kehadiran kita bererti.

Emmm, mari kita curahkan kasih sayang kepada anak di saat-saat yang berharga ini.




No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..