Showing posts with label Book review. Show all posts
Showing posts with label Book review. Show all posts

September 10, 2012

Saat Berharga untuk Anak Kita



Assalamua'laikum,


Entri kali ini adalah berkaitan dengan buku Saat Berharga untuk Anak Kita, karya Mohammad Fauzil Adzim.


Apabila kita membaca tajuknya, kita pasti akan tahu dan dapat agak apa isi kandungannya. Ya, tentang saat-saat berharga dengan anak kita. Mesti ia menyentuh tentang luangkan masa dengan anak kita. Saya pun fikir macam itu juga.


Tetapi, apabila saya baca Bab Pertama buku ini, berlinang-linang air mata. Sebak sangat di dada. (Emosi pulak ye). Tapi, itulah yang saya rasakan.


Sungguh. Memang benar. Waktu kita sangat pendek. Anak-anak kita tidak selamanya menjadi kanak-kanak. Mereka akan membesar menjadi remaja dan kemudian dewasa. Hari ini mereka memerlukan kita. Hari ini mereka sangat-sangat merindukan kehadiran kita. Hari ini mereka merengek dan menangis apabila ayahnya pergi bekerja. Hari ini mereka menanti-nanti ayahnya pulang dari kerja untuk bermain bersama-sama. Walaupun sekadar 2 minit sahaja...

Kita mahukan anak yang pandai dan bijak. Tetapi, kita selalu lupa dari sudut emosi anak-anak. Mereka memerlukan kasih sayang, perhatian, tempat mengadu dan sebagainya. Ini akan menjadikan anak kita seorang yang mempunyai harga diri dan percaya kepada dirinya sendiri.

Ye lah, dalam dunia sekarang, terlalu banyak pengaruh dari pelbagai sumber yang kadang-kadang sukar kita kawal dan tidak mampu kita mengawalnya selama-lamanya. Tetapi, jika anak mempunyai jati diri yang utuh dan percaya kepada dirinya sendiri, InsyaAllah mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang buruk. Mereka tidak akan takut kehilangan kawan-kawan (jika dicabar melakukan aktiviti tidak bermoral dan maksiat). Kerana mereka percaya kepada diri mereka sendiri dengan pegangan agama yang kuat.

Ya, anak-anak bahagia jika kita sentiasa dekat dan meluangkan masa bersama mereka. Bukan kerana wang yang kita berikan, atau mainan yang kita belikan atau ipad/pc yang kita berikan. Tetapi, kerana masa yang kita luangkan untuk bermesra dan bermain bersama mereka.

Sebenarnya, ada banyak perbezaan antara "mempunyai masa bersama anak" dengan "meluangkan masa untuk anak".

Ada orang yang "mempunyai masa bersama anak", DEKAT TETAPI JAUH. Contohnya, ada bersama-sama dengan anak, menonton tv bersama (tapi ibu ayah ber FB di telefon), makan bersama tetapi yang peliknya, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Anak main sendiri, ayah tonton TV, ibu sibuk berFB. Kan pelik??? Duduk dekat-dekat, tetapi hati dan fikiran masing-masing jauh. Umpama orang ramai dalam LRT. Duduk dekat-dekat, tapi fikiran masing-masing melayang jauh.

Ya, sekadar memiliki waktu bersama mereka, tidak semestinya membuatkan kehadiran kita bererti.

Emmm, mari kita curahkan kasih sayang kepada anak di saat-saat yang berharga ini.




April 19, 2012

Sepetang bersama Tasneem :D

Salam,

Hari ni saya nak ceritakan salah satu aktiviti yang tasneem paling suka, selain "book sharing" setiap malam dengan mama.

Sebenarnya, saya baru saja kenalkan tasneem kepada BUKU BACALAH ANAKKU (Buku 1). Ini kali kedua tasneem belajar dengan buku ini. Dan hasilnya, sangat bagus. Alhamdulillah, tasneem mudah belajar. Buku Bacalah Anakku ni ada 8 buku dalam satu set. Dan ada VCD untuk panduan ibu bapa mengajar anak dengan kaedah phonics (dengan menggunakan buku ini). Nasib baiklah masa di Universiti dulu, subjek fonetik ni memang wajib untuk kami "speech therapist". Bukan 1 subjek je berkaitan phonics, tapi banyakkkkk. Belajar semua bunyi yang ada dalam dunia ni... dan bila mengajar tasneem rasa bahagia je, sebab tasneem cepat belajar. Dan tasneem sangat gembira bila dapat pujian dari mama.

Set membaca Bacalah Anakku
RM 36.90

Dulu, saya gunakan Buku khas (membaca dengan kaedah SI), untuk kanak-kanak bermasalah pertuturan, dyslexia, masalah pendengaran, lambat belajar dan sebagainya. Buku itu lebih mudah untuk kanak2 belajar, tetapi ibu bapa perlulah belajar cara menggunakannya dulu. Berbanding dengan buku "Bacalah Anakku" ini, saya rasa tiada masalah untuk para ibu bapa belajar cara menggunakannya. :D

Oh, banyak pulak iklan. Sekadar untuk berkongsi maklumat. Jadi, lepas belajar tu, saya pun ajaklah tasneem main "matching games". Sebenarnya, goal saya masa main tu ada banyak. Antaranya:

  1. supaya tasneem boleh tunggu giliran dan ambil giliran dalam permainan ni (sebenarnya tasneem tak ada masalah menunggu dan mengambil giliran)
  2. supaya tasneem faham konsep menang dan kalah dalam permainan (sebab sports day tasneem dah dekat)
  3. supaya tasneem belajar 'new vocab in English' dan 'phrases in English' (faham dan cakap)   


Mama guna gambar dari "first memory" ni.
Kalau tak ada gambar ni, saya selalu suggest parents beli 2 set flashcards yang sama.
Mula-mula, saya pilih beberapa keping gambar dari set ni. Saya pilih 6 saja. (untuk bagi tasneem faham peraturan permainan ni). Lepas tu, saya tambahkan jadi 10 pcs  - 12 pcs gambar (maknanya ada lebih kurang 5 pasang gambar yang sama, yang lain gambar yang tak sama).

mula-mula, terbalikkan flash cards 
OK, tasneem kata 'mama take turns first'. So, mama jalan dulu lah. Mama pilih 2 keping gambar. Dan hasilnya.....

Mama tak dapat yang sama. Mama dapat gambar jam dan kek. HUHUHU... 
o ooo.. mama tak berjaya. Sebab mama dapat set yang tak sama. "it's different". Setiap kali pilih gambar, mama kena cakap "This is a cake, and this is a clock. Oh ooHH , it's different". (sebab mama nak tasneem belajar phrases in English. 

Ok, kemudian, giliran tasneem pulak. Tasneem kena ambil 2 picture cards. Dan hasilnya....

tasneem dapat pic cards yg sama.
WAHHHHH!!! tasneem menang. tasneem menang. Kami main beberapa giliran. Mama dapatlah juga yang sama. Tapi, secara keseluruhan, tasneem yang menang. Sebab tasneem dapat semua 16 pic cards, tapi mama dapat 10 aje. HUHUHU..

Ape pon tasneem sangat happy. Dah habis main, tasneem request mama untuk bacakan buku cerita pulak. Selalu baca malam2, tapi sebab adik pun tidur, so boring pulak rase. Selalu adik lah yang buat lagi riuh rendah. Jadi, mama bacakan buku favourite mama "ALLAH gave me two ears to hear"

Buku Allah gave me two ears to hear
RM30.00
Kenapa mama kata ini buku favourite mama??? Sebab bahan dan jalan ceritanya sangat bagus untuk buat language stimulation. Dulu, mama gunakan buku yang lebih kurang sama (tapi bukan Islamic). Dan banyak yang mama tak berkenan. Ada gambar pig, dog dan macam-macam lagi yang tak sesuai dengan cara hidup Islam. Bukanlah mama rasa salah untuk ajarkan perkataan tu, tapi mama tak sukalah simpan gambar macam tu dalam rumah. Dan mama tak nak tasneem jadi "biasa" dengan benda-benda tu. Benda-benda yang 'sentitif' untuk Muslim.

OK lah, cukuplah corat coret untuk hari ni. Ada aktiviti lagi nak buat ni. 

P/S: kalau berminat nak dapatkan buku atau flash cards, boleh order dari saya Aida 0194477963.

Tadi sports day tasneem, dan group "speedy yellow" dapat naib Johan. dapatlah tasneem hadiah.
"mama bangga dengan tasneem". :D

April 16, 2012

Alhamdulillah! Tasneem dah pandai baca doa untuk ibu bapa..

Alhamdulillah, Tasneem dah pandai baca doa untuk ibu bapa. Terkejut juga masa dengar tasneem berdoa hari tu. Tasneem cakap " Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu dan bapaku. Amin ".

Memang sebelum ni saya pernah bacakan buku 'Sehari dalam hidupku' kepada tasneem dan adiknya. Dalam buku ni, terdapat banyak doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga tasneem menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan ibu bapa.

Buku Sehari dalam Hidupku (RM10 sahaja)
Order : aidaspeech@gmail.com / 0194477963


Doa kepada ibu bapa

Amalan yang di bawa selepas mati:



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)





1. "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

  •  Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
  • Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
  • Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
  • Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
  • Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
  • Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
  • Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.


2. "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," 
  • yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
  • Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.


3. Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya
  • Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
  • Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
  • Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

April 14, 2012

FLASHCARDS - Bagaimana nak menggunakannya???

FLASHCARD from AD DHUHA NETWORK

"By showing the flashcards to your children one by one, it is similar to pointing to your head and then telling your child what that is. The logical left brain learns and retains through this repetition and memorisation."
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan anak menjadi insan yang soleh / solehah dan bijaksana. Salah satu cara mengajar anak adalah dengan menggunakan 'flashcards' atau kad bergambar. 

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu apakah TUJUAN atau MATLAMAT anda semasa aktiviti itu dijalankan. Saya akan huraikan serba sedikit tentang matlamat. Tanpa matlamat, anda pun tidak akan tahu apa yang anda atau anak mahukan. Seterusnya, CARA anda memperkenalkan 'flashcards' tersebut. Dan tips 'prompting' atau 'cueing' yang anda boleh gunakan.

1. GOAL - matlamat / tujuan

  • Anda perlu tahu, kenapa anda pilih sesuatu flashcards, gambar apa yang anda pilih. 
  • Adakah anda mahu memperkenalkan nama gambar? Contoh - 'epal'
  • atau anda mahu perkenalkan kata kerja kepada gambar tu. Contoh - gambar epal - 'makan'
  • atau anda mahu anak mengenal huruf 'A' bagi 'apple'
  • atau anda mahu anak bercerita tentang 'epal'
  • Jadi, pastikan anda tahu apa tujuan atau matlamat anda, semasa memperkenalkan 'flashcards' tersebut.
  • Biasanya, matlamat mestilah selari dengan perkembangan kanak-kanak itu. Anda tidak boleh membuat matlamat yang terlalu tinggi dari keupayaan perkembangan anak anda. :)

2. TIPS memperkenalkan flashcards

  • Pastikan anak anda tidak mengantuk, sudah kenyang dan dalam keadaan bersedia.
  • Buat satu sudut untuk anda menjalankan aktiviti ini. Sudut ini akan digunakan setiap hari untuk bermain dengan anak anda. Tidak semestinya perlu ada meja dan kerusi. - Ini akan membantu meningkatkan daya tumpuannya
  • Jauhkan daripada benda atau perkara yang akan mengganggu konsentrasinya. Contoh TV, alat permainan yang lain.
  • Aktiviti anda mestilah tidak terlalu lama. Pastikan anda berhenti sebelum anak anda hilang tumpuan. Bukan berhenti setelah anak anda mengamuk hendakkan benda yang lain. -(kalau tak faham ayat ni, boleh tanya saya ye.. :))
  • Pastikan anda menggunakan intonasi yang menarik. Sing song voice. Untuk bayi, anda digalakkan membuat bunyi kepada gambar itu. Contoh ' ini epal. Nyam nyam nyam. Mama nak makan epal. Adik nak makan epal. Nyam nyam nyam'
  • Perkenalkan satu flashcard pada satu masa, buat permulaan. Anak anda akan lebih memberi tumpuan. Anda boleh letakkan flashcard tersebut di dalam beg yang comel, kemudian anda keluarkannya satu persatu.
  • Pastikan aktiviti anda menarik. Anda boleh gunakan flashcards yang sama setiap hari, tetapi method aktiviti yang berlainan. Contoh, aktiviti hari ini, ambil flashcards dari dlm beg comel. Aktiviti esok, treasure hunt flashcards. Aktiviti seterusnya, padankan flashcards dengan barang-barang di dalam rumah.

3. Tips membantu pembelajaran - prompting and cueing

  •  Ramai mengadu, anak mereka akan koyak atau sepahkan flashcards tersebut. EMMM, anda sepatutnya mengajar anak untuk menyayangi barang-barang mereka. Sebaik-baiknya setiap kali selepas melihat flashcards, anak anda perlu menyimpan semula kad tersebut ke dalam kotak atau beg. OHH!! anak anda masih tak boleh pegang dengan baik?? atau anak anda tak faham anda cakap. YA, andalah yang perlu pegang tangannya. (ini adalah contoh 'prompting')
  • Sentiasa memuji anak anda. Pujian tidak semestinya dengan perkataan sahaja. Anda boleh tepuk tangan dengannya atau 'give me 5' atau berikannya sticker untuk dilekatkan di bajunya.  (tips: luahkanlah perasaan bangga anda kepada anak anda, mereka akan lebih menghargainya).
  • Jangan sesekali bercakap pelat. Jangan bercakap terlalu laju. Jangan bercakap terlalu panjang. Pastikan ada 'P A U S E    T I M E'
  • Jadilah PENDENGAR yang baik. Kebanyakan ibu bapa tidak perasan anaknya dah bercakap banyak. atau anaknya meminta sesuatu. (terkejut sebab anak saya 'harith' cakap kepada papa dia "Papa, top" - (papa, stop!))
OK. Setakat ini sahaja. Sebenarnya, BANYAKKKK lagi tips.. tapi, saya ada aktiviti dengan anak-anak saya sekejap. :) SEMOGA BERJAYA!!
* kalau ada pertanyaan, boleh tanya saya ye..

Saya ada menjual flashcards. Ada 3 jenis set. Setiap satu set ada 30 keping kad. Dan perkataan untuk kad-kad ini adalah perkataan yang saya pilih sesuai dengan perkembangan awal kanak-kanak dari segi bahasa dan pertuturan. Setiap 1 set (30pcs) bernilai RM16 sahaja.

SET A : Flashcards A - Z Malay - RM16
SET B : Flashcards A - Z English -RM16
SET C : Flashcards My First Words (sesuai untuk bayi bawah 1 tahun) -RM16
COMBO SET : A,B, C = RM40 ONLY
*Flashcards yang lain pun ada, add saya di facebook aida_illiyin@yahoo.com

"pada umur 1 tahun, anak anda sepatutnya sudah bercakap perkataan pertamanya (1 word utterance), dan pada umur 2 tahun, dia sudah mula menggabungkan 2 perkataan menjadi satu ayat."

To ORDER:
  • email : aida_illiyin@yahoo.com
  • sms / call Pn Aida - 0194477963
  • ADD di Facebook : aida_illiyin@yahoo.com

Book review : Muqaddam Bergambar (Mama, tasneem umat Islam kan??)

Salam,

Hari ini saya akan perkenalkan dengan buku Muqaddam Bergambar.
Muka depan - muqaddam bergambar
Kenapa dipanggil Muqaddam Bergambar? - sebab di dalamnya ada gambar. Dan sudah pasti kanak-kanak sangat sukakannya. Malah, ia sesuai untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca untuk memahami is kandungannya, dengan hanya melihat pada gambar tersebut.

Bahagian dalam
Dari perspektif kanak-kanak, mereka sukakannya kerana berwarna-warni dan mempunyai gambar yang menarik. Dari perspektif orang dewasa pula, sebenarnya Muqaddam Bergambar ini bukan sahaja mengandungi 30 juz amma, malah ia disertakan dengan tafsiran dalam Bahasa Melayu, English dan jawi.

2 minggu yang lepas, saya terjemahkan Surah 3-Qul kepada anak-anak saya. Adik (umur 2 tahun) sangat sukakan gambar. Dan dia tak henti-henti meniru aksi di dalam gambar tersebut. Iaitu aksi 'orang berdoa' sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa.

Kakak pula, dengan tekun mendengar saya bercerita. Kakak tasneem (4y+) memang sudah hafal Surah 3-Qul, tapi inilah kali pertama saya membacakan tafsirannya. Dan kesannya, tasneem tahu ALLAH itu lah Tuhan kita. Tasneem tahu, kalau susah, kita perlu minta bantuan kepada Allah. Tasneem tahu Allah itu ada. 

Pernah satu hari, tasneem tonton cerita 'princess' di TV. dan tasneem bagi tahu saya 'princess dalam tv tu pakai seksi lah mama. Tasneem umat Islam, tak boleh pakai macam tu. Tasneem nak jadi princess yang baik'.
Semoga tasneem dan adik menjadi anak yg soleh dan solehah serta bijaksana. Amin.

Jika berminat untuk membeli Muqaddam Bergambar, boleh hubungi:

Pn Aida - 0194477963
aida_illiyin@yahoo.com / aidaspeech @gmail.com