Showing posts with label Development. Show all posts
Showing posts with label Development. Show all posts

June 20, 2012

Kenapa "kemahiran MENIRU" penting??? (Pre-verbal language skill)

Assalamua'laikum

Hari ni saya sangat gembira kerana selepas 3 sesi terapi dijalankan, klien saya berjaya meniru bunyi pertuturan dengan nada dan sebutan yang betul.

Saya rasa sangat teruja dan sebenarnya pujian harus diberikan kepada kedua ibu bapanya serta keluarganya yang bertungkus lumus melakukan aktiviti rangsangan bahasa di rumah, seperti yang telah saya sarankan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, dengan sedikit tips (iaitu teknik yang betul), InsyaAllah segalanya menjadi mudah.


Apa itu kemahiran MENIRU?


  • Meniru ialah kemahiran mengulang atau mengikut sama ada aksi, bunyi, perkataan atau memek muka. 
  • Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran pra-bahasa. 
  • Untuk meniru, kanak-kanak itu perlulah memberi tumpuan kepada apa yang orang lain sedang lakukan atau cakapkan. 



Kenapa kemahiran MENIRU penting?


  • Dengan meniru, bayi dan kanak-kanak boleh belajar bahasa, isyarat, cara bercakap dan macam-macam lagi. 
*ini termasuklah perkara positif dan negatif. 

*Pernah seorang bapa memberitahu saya supaya saya memukul anaknya semasa sesi terapi. Isk.. Isk... kerana katanya di (satu tempat yang lain),mereka menggunakan rotan untuk membuatkan anak diam atau memukul anak itu.

Tapi, saya telah menolak permintaannya. Saya katakan kalau saya pukul anak ini, sekejap saja dia akan belajar untuk pukul kita balik. Ya, anak itu ada kemahiran MENIRU. Dan meniru aksi fizikal adalah antara kemahiran meniru yang mudah. Jadi, berhati-hatilah dengan tingkahlaku kita ye kerana anak sentiasa memerhati. 


Ada tak kanak-kanak yang tidak pandai MENIRU?
  • Ya, memang ada. Dan kebanyakannya mempunyai masalah perkembangan bahasa, pertuturan & komunikasi. 
  • Sebab itulah kemahiran ini antara kemahiran yang penting. 


Perkembangan Kemahiran MENIRU


Gambar hiasan

  • Kemahiran ini berkembang mengikut peringkat. Satu peringkat membantu peringkat yang seterusnya. Sehinggalah kanak-kanak tidak lagi meniru, sebaliknya menggunakan kemahirannya dengan spontan. 
1. Bayi
  • pada peringkat awal, bayi akan meniru bagaimana untuk memberi perhatian (tumpuan) - sama ada kepada bunyi atau objek (mendengar & melihat). 
  • dulu masa Tasneem bayi, ramai kawan-kawan saya kata, Tasneem memang suka memerhati. Sampai bos saya pun dia tengok aje. (macam tahu je bos ni lah yang marah mama masa Tasneem dalam kandungan dulu. Hehehe)
  • Bayi juga belajar mengambil giliran untuk meniru memek muka. Baby akan senyum, buat muka sedih, merajuk dan macam-macam lagi. Comel kan?
  • Kebanyakan bayi akan cekap meniru dengan memerhati tingkah laku orang disekelilingnya atau persekitarannya. 

2. 7 hingga 8 bulan
  • Pada peringkat ini, bayi akan membuat pelbagai bunyi dan akan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarnya. (tak kisahlah sama ada bunyi pertuturan / percakapan atau bunyi persekitaran cth bunyi ayam, bunyi telefon etc)
  • tengok video ni. cute kan? Baby ni cuba tiru ayahnya bersin. 


3. 12 bulan ke atas

  • kanak-kanak mula meniru intonasi. Emm, faham tak apa itu intonasi? Contoh intonasi : kita kata "o o" -kalau benda jatuh. atau "mana?" (intonasi soalan)
  • kanak-kanak akan mula meniru gaya anda bercakap di telefon, atau gaya anda marah mereka "no" ( anak akan marah orang lain atau "doll" nya). - contoh sahaja
  • masa umur ni, anak memang sangat pandai meniru aksi menari, menyanyi, berzikir atau main cak-cak & macam-macam lagi. -Excellent!
  • kemudian, anak akan mula meniru segala yang berlaku di persekitaran mereka. Termasuklah, cara menyapa (greetings) (contoh : masuk rumah, bagi salam) etc, cara berkawan (main dengan kanak-kanak lain) dan sebagainya
  • kemudian, anak akan meniru pertuturan kita dari satu perkataan sehinggalah bercakap dalam ayat. 

Persoalannya ialah : Perlu ke kemahiran ini diajar?
  • kebanyakan kanak-kanak akan belajar kemahiran meniru ini secara natural, tanpa perlu diajar.
  • Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang bermasalah (contoh : masalah perkembangan fizikal / bahasa, masalah pendengaran atau pembelajaran dan lain-lain), mereka memerlukan bantuan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini.

5 TIPS untuk membantu meningkatkan kemahiran meniru kanak-kanak:
  • Pastikan ada "eye contact" bila bercakap dengan anak. 
    • Pastikan apabila bercakap dengan anak, anda melihat mukanya, dan anak pun melihat muka anda. 
    • Elakkan bercakap sambil lewa sahaja. 
    • Biasanya, saya akan dukung anak, atau duduk, untuk dapatkan "eye contact" yang lebih baik. Sebab kedudukan mata & muka lebih kurang sama sewaktu dukung  atau kita yang duduk
  • Janganlah malu
    • Em, janganlah malu nak bermain dengan anak. Memang tak dinafikan ada ibu bapa yang malu untuk "berseronok" atau bergurau senda  bersama dengan bayi / anaknya. 
  • Tiru balik 
    • apabila anak cuba membuat sesuatu aksi atau memek muka, atau bunyi, tiru lah balik apa yang dilakukannya. 
  • Menyanyilah
    • cara paling mudah dan seronok untuk anak ialah dengan "menyanyi". 
    • anda boleh menyanyikan lagu kanak-kanak, nursery rhymes, nasyid atau apa sahaja. Buatlah aksi yang comel dengan lagu anda itu - untuk anak meniru.
  • Gunakan cermin, atau puppet
    • anda boleh gunakan cermin untuk meningkatkan kemahiran ini. Anda menyanyi dan beraksi, kemudian bantu anak untuk meniru. (simple je, macam nyanyi lagu "if u happy and u know, u clap ur hand - lepastu tepuklah tangan). 
    • Honestly, memang ada kanak-kanak yang tak boleh meniru pun aksi "tepuk tangan" tu, walaupun bagi kanak-kanak lain ia adalah mudah. 

Sekian saja tips hari ini. 

*Kalau anda perhatikan anak atau anak kawan-kawan yang bermasalah, rujuklah pakar kanak-kanak atau Speech Therapist yang berdekatan. Ini kerana info ini hanya maklumat am sahaja. Dan setiap kanak-kanak adalah unik dan berbeza. 






April 17, 2012

WARNING SIGNS : Speech & language disorders / delay

When to get help

Call your child's doctor or a speech pathologist if your child:

Age:Warning Signs:Check Here
12 to 18 months
  • at 12 months, doesn't use gestures such as waving or shaking her head
  • by 12 months, isn't practicing using at least a couple of consonants (p, b, etc.)
  • by 12 months, isn't somehow communicating to you when she needs help with something
  • at 15 months, doesn't understand and respond to words such as "no" and "bye-bye"
  • by 15 months, can't say at least one to three words
  • by 15 months, doesn't say "mama" or "dada"
  • at 16 months, doesn't point to body parts when asked
  • at 18 months, isn't saying at least 15 words
  




Age:Warning Signs:Check Here
19 to 24 months
  • by 19 to 20 months, isn't pointing out things of interest, such as a bird or airplane overhead
  • by 20 months, isn't making at least six consonant sounds
  • at 21 months, doesn't respond to simple directions
  • by 21 months, doesn't pretend with her dolls or herself (brushing her hair, feeding her doll, etc.)
  • by 24 months, doesn't imitate actions or words of others
  • by 24 months, can't point to named pictures in a book
  • at 24 months, can't join two words together
  • at 24 months, doesn't know the function of common household objects — toothbrush, telephone, fork, etc.
  




Age:Warning Signs:Check Here
25 to 36 months
  • at 26 months, uses no two-word simple sentences
  • at 30 months, can't name at least three body parts
  • at 30 months, can't be understood by anyone in her family
  • by 32 months, has difficulty singing fragments of nursery rhymes
  • at 36 months, doesn't ask questions
  • at 36 months, can't be understood by strangers at least half the time
  • by 36 months, is unable to articulate initial consonants (for example, says "all" instead of "ball"
  • by 36 months, is unable to name most common household objects
  




Age:Warning Signs:Check Here
3 to 4 years
  • at 3, can't speak in short phrases
  • by 3, is unable to understand short instructions
  • at 3, has no interest in interacting with other children
  • at 3, has extreme difficulty separating from a parent
  • by 3 1/2, consistently fails to add final consonant to words (for example, saying "ca" instead of "cat")
  • at 4, still stutters (has true difficulty producing a sound or word) frequently, often accompanied by facial grimacing
  • at 4, isn't almost fully understandable
  


- credit to: www.babycenter.com

April 16, 2012

10 kesilapan semasa memberikan stimulasi / rangsangan bahasa kepada kanak-kanak



1.Terlebih jangkaan atau tidak realistik

  • Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kita. Dari segi pemakanan, penjagaan, pendidikan, pakaian dan termasuklah dari segi perkembangan motor dan perkembangan pertuturan bahasanya. Walau bagaimanapun, kadangkala ibu bapa mengharapkan anaknya mencapai tahap yang terlalu tinggi daripada yang biasa dicapai oleh kanak-kanak normal yang sebaya dengan anaknya. 
  • Tidak salah bagi kita ibu bapa untuk mengharapkan yang terbaik untuk anak kita. Tetapi, kita tidak boleh terlalu mengharap atau menjangkakan anak dapat memperolehi kemahiran yang terlalu sukar untuk dikuasainya. Setiap kemahiran yang diperolehi, adalah berperingkat. Tiada seorang kanak-kanak pun yang lahir dan terus boleh berjalan. Kanak-kanak itu akan belajar berjalan berperingkat-peringkat iaitu belajar menerap, merangkak, duduk, berdiri dan seterusnya berjalan. Begitu juga dengan kemahiran pertuturan. Ia adalah berperingkat iaitu kanak-kanak memperolehi kemahiran prabahasa seperti memberi tumpuan, mengambil giliran, meniru dan sebagainya, seterusnya memahami perkataan dan ayat, dan kemudian barulah bertutur.
  • Adalah tidak adil bagi anak jika kita membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain. Walaupun kanak-kanak tersebut sama umur dan jantina, tetapi perkembangan bahasa seseorang adalah unik dan setiap individu mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Ada yang dikategorikan dalam perkembangan yang normal, ada yang kurang dari paras normal dan ada yang melebihi paras normal.
  • Oleh itu, jika kita menjangkakan kemahiran yang terlalu tinggi, kebarangkalian ia tidak berjaya adalah tinggi juga. Ini kerana kanak-kanak tersebut belum bersedia untuk mencapainya. Contohnya, jika anda mengharapkan anak yang berumur 2 tahun menyebut ‘kakak’ dengan betul, ia mungkin sukar. Ini kerana kanak-kanak belum bersedia untuk menyebut huruf [k] dengan betul. Biasanya kanak-kanak akan menggantikan dengan huruf [t] dan berbunyilah [tatak].
  • Janganlah pula anda melabel anak tidak pandai bercakap hanya kerana perkara tersebut. Ini kerana tindakan anda melabel anak akan merendahkan tahap motivasinya dan menjadikan ia pendiam, tidak mahu mencuba serta cuba mengasingkan diri dari bergaul dengan orang lain.

2.Sentiasa menyuruh kanak-kanak ulang

  • mengajar anak bercakap, bukanlah seperti guru mengajar murid-murid di sekolah. Ini kerana, kita mahu menggalakkan komunikasi antara kita dan anak.
  • Jadi, tak perlulah sentiasa menyuruh anak ulang balik percakapannya. Sebaiknya, kita perlu galakkan dengan cara "rephrase" dan "expand" percakapannya.
  • Contoh: 
    • anak : 'hayeth nak huhu'
    • mama: 'Harith nak susu? Oh, Harith nak minum susu. Harith lapar ye.'

3.Sentiasa bertanya dan memberi arahan.


4.Membeli mainan tetapi tidak bermain bersama

5.Tidak mendengar apa yang dikatakan oleh kanak-kanak

6.Tidak memuji atau menggalakkannya.

7. Aktiviti tidak menarik

8. Tiada tunjuk ajar atau model

9. Tidak membantu (No prompt)

10.Tidak memberi peluang (pause time) kepada anak untuk bercakap.


P/s: kesilapan yang lain, saya huraikan dalam entri akan datang. :D

PERKEMBANGAN BAHASA DAN PERTUTURAN KANAK-KANAK 2 - 3 TAHUN

UMUR 2 HINGGA 3 TAHUN -----> Muhammad Harith

  •  Mengenal pasti gambar  dengan lebih banyak lagi (KEMAHIRAN BAHASA RESEPTIF)
  • Menggunakan ayat atau  frasa yang mudah iaitu antara 2 hingga 3 patah perkataan satu ayat secara konsisten. Bukan sekadar  menamakan  benda sahaja ketika berbual. Tetapi anak anda  sudah pandai menyebut  kata kerja seperti " nak minum susu".
  • Menyahut apabila namanya dipanggil.
  • Mengikut arahan mudah dengan tepat.
  • Mula menggunakan perkataan yang menggambarkan maksud ‘banyak’ dan ‘semalam’ (perkara yang telah berlaku).
  • Suka mendengar cerita pendek, lagu kanak-kanak dan lagu kontemporari
  • Menggunakan ayat yang mengandungi dua hingga tiga perkataan setiap ujaran. Contohnya, ‘mama, nak air’ atau ‘papa makan nasi’.
  • Suka melihat gambar di dalam buku, katalog atau majalah. Harith sangat sukakan buku, flashcard dan majalah.
  • Dapat menunjukkan anggota badan seperti mata, hidung dan telinga, jika ditanya.
  • Mengulang perkataan yang disebut oleh orang lain sama ada yang didengar secara langsung atau melalui tv, cd atau radio.
  • Kosa kata meningkat sehingga 500 perkataan.

Cadangan untuk meningkatkan kemahiran anak anda:
  1. Menjadi pendengar yang baik dan memberi respon apabila anak cuba bercakap sesuatu dengan anda. Kanak-kanak pada usia ini biasanya akan bercakap agak pelat, tetapi, ibu bapa mestilah cuba memahami apa yang ingin disampaikannya.
  2. Berbual dan bercerita dengan anak anda setiap hari. Penceritaan tidak semestinya sentiasa memerlukan buku. Ibu bapa boleh bercerita tentang aktiviti yang dilakukannya dan aktiviti anak anda di rumah, nuseri atau rumah pengasuh. 
  3. Mengajar anak anda lagu kanak-kanak yang mudah seperti ‘Old McDonald’, Bangun Pagi’ dan sebagainya.
  4. Sabar menanti respon dari anak anda. Tunggu (pause time) apa yang hendak diberitahukannya kepada anda. Jangan buat kesimpulan dengan cepat.
  5. Pastikan aktiviti yang anda lakukan adalah menarik.
  6. Permainan yang dicadangkan : symbolic play (boleh gunakan ultaraman atau patung spongebob), matching games (lotto picture), dan banyak lagi.



PERKEMBANGAN BAHASA DAN PERTUTURAN KANAK-KANAK 0 -6 bulan

UMUR 0 HINGGA 6  BULAN
ü  Bayi anda menangis dengan cara yang berlainan untuk memberitahu anda dia sedang lapar, sakit, basah atau keseorangan.
ü  Membebel ‘bababababa’ atau ‘dadadadada’.
ü  Bayi dapat mengenalpasti  suara yang biasa didengarinya. Contohnya, bayi akan menoleh dan melihat ke arah ibu apabila mendengar suara ibunya.
ü  Bayi akan melihat ke arah orang yang sedang bercakap. Lazimnya, bayi akan melihat mulut dan mata penutur tersebut.
ü  Bayi juga akan memberi tindak balas terhadap orang yang senyum atau cuba bercakap dengannya.
ü  Bayi sudah boleh memahami suara yang garau contohnya suara orang yang sedang marah. Kadang-kadang bayi akan menunjukkan aksi takut dan terkejut.
ü  Bayi sudah boleh mengenalpasti namanya jika dipanggil.


Cadangan untuk meningkatkan  kemahiran anak anda:
ü  Apabila bayi anda membebel ‘bababababa’, anda  perlu memberi respon segera dengan cuba membuat bunyi yang sama ‘bababababa’. Anda sebenarnya sedang mengajar  anak anda  meniru kerana anda  sedang meniru bunyi yang dihasilkannya.
ü  Bercakaplah dengan bayi anda semasa  anda memberinya makan, memakaikan baju atau  semasa bermain bersamanya. Gunakan bahasa atau bunyi-bunyi mudah seperti ‘mamam’, ‘ye’ dan sebagainya.
ü  Menyanyikan lagu untuk anak  anda.  Ia tidak semestinya lagu kanak-kanak sahaja. Anda boleh menyanyikan lagu kegemaran anda tetapi biarlah ia tidak terlalu ekstrem. Anda juga boleh menyanyikan lagu agama seperti berzikir atau berdoa.
ü  Sentiasalah memanggil nama anak anda kerana dia akan mengenali dirinya.

---@ semoga berjaya@---

Pn Aida - SLP
aidaspeech@gmail.com / aida_illiyin@yahoo.com
0194477963

Buku Cerita Bergambar & psikologi kanak-kanak

Terdapat banyak cara untuk para ibu bapa meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Antaranya adalah dengan membacakan buku cerita bergambar.

Jika ibu bapa selalu menunjukkan buku bergambar kepada kanak-kanak, mereka bukan sahaja dapat belajar perkataan yang baru (new vocabulary), malah semakin lama akan semakin memahami cerita yang cuba disampaikan. Oleh itu, pilihlah buku cerita yang bersesuaian dan dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Dalam usia yang muda, otak kanak-kanak umpama span, yang akan menyerap apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Bukan sahaja dengan apa yang mereka dengar, malah melalui apa yang mereka lihat. Sebab itulah kita perlu berhati-hati memilih material yang hendak didedahkan kepada anak.

Contohnya, pilihlah buku yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai Islam. Memang benar, pada masa kini terdapat terlalu banyak stimulasi dari pelbagai sumber yang tidak bercirikan nilai-nilai Islam. Jadi, kita sebagai ibu bapalah yang perlu mendedahkannya kepada anak-anak kita.

Selalu kita dengar perumpamaan ini ; "anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya". Tetapi, pernahkah kita menganalisis diri kita dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa itu? Adakah kita telah mencorakkan menjadi insan yang baik dan berguna? Atau sebaliknya?

Bagaimana pula dengan perumpamaan ini ' bapa borek, anak rintik'. Jika ibu bapa menunjukkan contoh dan teladan yang baik, maka baiklah jadinya. Contohnya, jika ibu bapa sentiasa bersolat jemaah, berzikir dan mengaji Al-Quran, aktiviti ini akan tersemat dalam sanubari anak sebagai rutin harian yang wajib. Dan mereka akan terbiasa dengannya, dan InsyaAllah mereka akan merinduinya, walau di mana pun mereka berada kelak.

Saya selalu mendoakan anak-anak saya menjadi insan yang soleh dan solehah serta bijaksana. Kenapa 'BIJAKSANA'? - ya, kerana saya berdoa anak saya menjadi insan yang bijak memilih yang baik daripada yang buruk, malah dapat belajar dari kesilapan, serta berhati-hati dan menilai dahulu sebelum membuat keputusan.

Kesimpulannya, pilihlah bahan yang baik untuk dikenalkan dan diserapkan dalam diri anak-anak. Buku cerita yang Islamic adalah lebih baik dari buku cerita yang berunsur bertentangan dengannya. Cerita adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendedahkan anak dengan persekitaran kehidupan di luar, malah salah satu cara untuk membantu anak memahami erti kehidupan. Dan yang pasti kanak-kanak sangat sukakannya. Terutama apabila anda memeluknya, sambil bercerita. :D

Saya ingin kongsikan buku cerita Islamic yang anak-anak saya suka, dan akhirnya saya menjadi penjual buku-buku ini kerana sangat sukakan kandungannya dan yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak dan genarasi kita akan datang. Anda boleh lihat di  http://addhuhanetwork.blogspot.com/2012/04/ajar-anak-membaca-atau-bercerita.html

April 15, 2012

sebelum belajar bercakap...

        Sebelum kanak-kanak mula menyebut perkataan pertama  dan  seterusnya berinteraksi secara efektif dengan anda,  kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran  pemahaman bahasa atau lebih dikenali sebagai kemahiran bahasa reseptif. Kemahiran bahasa reseptif ini sangat penting kerana ia dapat menunjukkan  sejauh mana anak anda benar-benar faham dan memaksudkan apa yang telah diujarkannya atau didengarinya. Ia bukan hanya meniru atau mengulang apa yang didengarinya semata-mata, tetapi tidak memahami maknanya langsung.
kemahiran bahasa reseptif - contoh: anak anda akan mengambil 'itik' apabila anda 'menyebut' itik .
(Bukan anda menunjuk ke arah itik) 

            Sebagai contoh, kanak-kanak mengikut percakapan yang didengarinya di iklan TV seperti ‘yakult....’, atau ‘TV3.....’ tetapi dia tidak memahami langsung ertinya. Atau anak anda menyanyikan dengan lancar lagu ABC serta mengira 1 hingga 10 tanpa sebarang masalah. Tetapi, dia tidak kenal yang mana satu huruf A, B dan sebagainya.

            Sebagai persediaan untuk memahami bahasa, kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran  pra-bahasa  yang membantu mereka  belajar untuk faham dan seterusnya bercakap. Kemahiran pra-bahasa adalah asas kepada perkembangan bahasa dan pertuturan. Dalam kata yang lainnya, ia adalah anak tangga yang pertama dan perlu dikuasai.


KEMAHIRAN PRA-BAHASA

            Kemahiran ini mula diperoleh seawal  tahun pertama bayi. Dengan menguasai kemahiran ini, kanak-kanak lebih mudah mempelajari bahasa dan seterusnya mengembangkan kemahiran berbahasa dan komunikasi.
            Kebanyakan kanak-kanak  yang mempunyai masalah pertuturan dan  bahasa seperti  masalah Autisme, hyperaktif, Sindrom Down, Apraxia, Global Developmental Delay dan sebagainya, sebenarnya mempunyai masalah kemahiran pra-bahasa. Jika kemahiran ini tidak dikuasai, proses pembelajaran bahasa menjadi lebih lambat dan sukar.
            Kemahiran pra-bahasa ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya  ialah kebolehan memberi tumpuan, memberi kontak mata, mengambil giliran, meniru, kemahiran bermain secara simbolik dan sebagainya.
           
1. TUMPUAN

            Sukar untuk mengajar kanak-kanak bercakap jika kanak-kanak tidak memberi tumpuan langsung atau tumpuannya sangat kurang. Kanak-kanak yang kurang tumpuan biasanya tidak akan mempedulikan orang lain, mudah bosan, tidak duduk diam  dan tidak fokus pada sesuatu kerja yang dilakukannya.

            Sesetengah kanak-kanak boleh memberi perhatian ketika bermain tetapi tidak dapat memberi perhatian ketika berinteraksi dengan orang lain.  Kanak-kanak ini kelihatan gelisah dan cuba mengelak daripada berinteraksi dengan anda dan  tidak mahu memandang ke  arah anda dan aktiviti yang sedang anda lakukan. Sebagai contoh, apabila anda sedang bermain dan meniup belon buih, anak anda kurang atau tidak langsung melihat ke arah anda atau pun belon. Sebaliknya dia berjalan mundar-mandir atau melihat ke arah yang lain tanpa mempedulikan anda.

            Memang secara amnya, kemahiran memberi tumpuan adalah singkat bagi kanak-kanak. Tetapi, tidaklah terlalu singkat. Terdapat beberapa peringkat tumpuan kanak-kanak dan kemahiran ini boleh dinilai oleh pakar kanak-kanak, patologis pertuturan bahasa atau terapis carakerja.

2. TUMPUAN BERSAMA

            Kanak-kanak akan bersama-sama melihat ke arah  anda dan objek yang sedang anda pegang atau main. Inilah yang dipanggil sebagai tumpuan bersama. Sebagai contoh, jika anda sedang bermain  belon buih, anak  anda dapat memberi tumpuan kepada belon buih tersebut  dan juga kepada anda. Jika anak anda hanya memberi tumpuan kepada salah satu daripadanya  sahaja seperti hanya melihat belon buih, tetapi tidak langsung bertumpu kepada anda  yang meniup belon itu, anak anda mungkin tidak mempunyai  kemahiran  ini.

            Contoh lain adalah ketika anda bermain bola bersama anak anda. Adakah anak anda memberi tumpuan hanya apabila bola berada di tanggannya? Atau dia turut memberi tumpuan ke arah anda ketika bola berada di tangan anda? Sebaik-baiknya anak anda dapat memberi tumpuan pada kedua-duanya.

Kemahiran ini memastikan kanak-kanak supaya dapat berinteraksi dengan orang lain dan bukan  berada di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan kanak-kanak Autisme contohnya, mempunyai masalah memberi  tumpuan bersama  dan menyukarkannya berinteraksi dengan orang lain. \


3.MENDENGAR 

Jika anda mempunyai masalah mendengar, anda akan  mempunyai masalah untuk  bertutur.  Hilang pendengaran merupakan kecacatan yang tidak nampak dari  paras  rupa. Ia akan terserlah apabila anda berbual dengan orang yang mempunyai masalah kurang pendengaran itu.


Mendengar merupakan kemahiran bersosial  yang penting untuk  semua orang. Bagi kanak-kanak, kemahiran ini mula berkembang seawal usia 3  hingga  6 bulan. Pada usia in i anak anda  akan menoleh ke arah sumber suara atau  bunyi yang didengarinya. Anak anda akan menoleh ke arah pintu jika anda mengetuk pintu. Anak anda juga akan kelihatan mencari-cari anda jika mendengar suara anda sama ada dari  luar rumah, di dapur atau  berhampiran di kiri atau kanannya.

Pada usia 6hingga 9 bulan, anak anda sudah boleh mendengar  dan seterusnya memahami namanya.  Oleh itu,  anak anda akan menoleh jika  mendengar namanya dipanggil.

Sebagai ibu bapa, anda perlu peka terhadap  perkembangan mendengar anak anda. Jika anak anda tidak  memberi respon sedemikian, maka eloklah  jika anda menjalankan ujian  pendengaran di hospital untuk memastikan  sama ada anak anda boleh mendengar atau sebenarnya kurang pendengaran.

Bagi  kanak-kanak,  masalah pendengaran yang minimum  sahaja pun, sudah boleh mengganggu keseluruhan perkembangan bahasa dan  pertuturannya. Tidak seperti kita orang dewasa, jika kita mempunyai masalah kurang pendengaran pada tahap ringan, kita masih lagi boleh meneka apa yang dituturkan oleh  orang lain berdasarkan ayat atau perkataan lain dalam ayat  itu, atau meneka melalui gerak bibir penutur.

Sebenarnya, kita bercakap apa yang kita  dengar. Begitu juga kanak-kanak. Jika kanak-kanak boleh mendengar apa yang kita  cakapkan, anak anda mempunyai peluang untuk  bercakap.

Bagi kanak-kanak yang telah  disahkan mempunyai  masalah kurang pendengaran,  masih mempunyai peluang cerah untuk belajar bercakap. Teknologi yang canggih  dan terbina  sejak 30 tahun dahulu iaitu  seperti penggunaan alat bantu pendengaran  dan yang  terbaru koklea implan dapat membantu kanak-kanak mempelajari cara bertutur dan berbahasa. Walau bagaimanapun, pengesanan awal terhadap masalah ini sangat penting supaya anak anda dapat memakai alat bantu pendengaran seawal yang mungkin.

Oleh sebab kita bercakap apa yang kita dengar dalam suasana persekitaran harian,  kanak-kanak akan mempelajari bahasa dalam suasana persekitarannya. Maknanya jika  anak itu lahir dan membesar di German, dia lebih mudah memahami bahasa  yang digunakan di  situ. Begitu juga jika anak  lahir dan membesar di negara Arab dan sebagainya.

Kemahiran mendengar terbahagi kepada beberapa peringkat utama. Peringkat pertama adalah mengenal pasti sama ada bunyi itu ada atau tidak ada. Seterusnya adalah kemahiran membezakan bunyi. Contohnya membezakan bunyi yang panjang seperti bunyi lembu [muuuuuuu]  dengan bunyi yang pendek seperti bunyi anjing [wowo]. Peringkat ketiga adalah memahami  makna bunyi itu. Contohnya, memahami apabila orang lain berkata [jangan], [nak], [makan] dan  sebagainya. Peringkat terakhir  adalah kefahaman bunyi yang didengar dalam perbualan dan membolehkan kita berbual dengan jayanya. 


OK. Sebenarnya ada lagi kemahiran pra-bahasa yang lain. dan saya akan huraikan dalam entri akan datang. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk bertanya.  


Oh ya, jika anda ingin mendapatkan buku atau bahan bacaan untuk anak-anak anda, boleh lihat produk dari kami di http://addhuhanetwork.blogspot.com/p/produk.html.





April 14, 2012

FLASHCARDS - Bagaimana nak menggunakannya???

FLASHCARD from AD DHUHA NETWORK

"By showing the flashcards to your children one by one, it is similar to pointing to your head and then telling your child what that is. The logical left brain learns and retains through this repetition and memorisation."
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan anak menjadi insan yang soleh / solehah dan bijaksana. Salah satu cara mengajar anak adalah dengan menggunakan 'flashcards' atau kad bergambar. 

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu apakah TUJUAN atau MATLAMAT anda semasa aktiviti itu dijalankan. Saya akan huraikan serba sedikit tentang matlamat. Tanpa matlamat, anda pun tidak akan tahu apa yang anda atau anak mahukan. Seterusnya, CARA anda memperkenalkan 'flashcards' tersebut. Dan tips 'prompting' atau 'cueing' yang anda boleh gunakan.

1. GOAL - matlamat / tujuan

  • Anda perlu tahu, kenapa anda pilih sesuatu flashcards, gambar apa yang anda pilih. 
  • Adakah anda mahu memperkenalkan nama gambar? Contoh - 'epal'
  • atau anda mahu perkenalkan kata kerja kepada gambar tu. Contoh - gambar epal - 'makan'
  • atau anda mahu anak mengenal huruf 'A' bagi 'apple'
  • atau anda mahu anak bercerita tentang 'epal'
  • Jadi, pastikan anda tahu apa tujuan atau matlamat anda, semasa memperkenalkan 'flashcards' tersebut.
  • Biasanya, matlamat mestilah selari dengan perkembangan kanak-kanak itu. Anda tidak boleh membuat matlamat yang terlalu tinggi dari keupayaan perkembangan anak anda. :)

2. TIPS memperkenalkan flashcards

  • Pastikan anak anda tidak mengantuk, sudah kenyang dan dalam keadaan bersedia.
  • Buat satu sudut untuk anda menjalankan aktiviti ini. Sudut ini akan digunakan setiap hari untuk bermain dengan anak anda. Tidak semestinya perlu ada meja dan kerusi. - Ini akan membantu meningkatkan daya tumpuannya
  • Jauhkan daripada benda atau perkara yang akan mengganggu konsentrasinya. Contoh TV, alat permainan yang lain.
  • Aktiviti anda mestilah tidak terlalu lama. Pastikan anda berhenti sebelum anak anda hilang tumpuan. Bukan berhenti setelah anak anda mengamuk hendakkan benda yang lain. -(kalau tak faham ayat ni, boleh tanya saya ye.. :))
  • Pastikan anda menggunakan intonasi yang menarik. Sing song voice. Untuk bayi, anda digalakkan membuat bunyi kepada gambar itu. Contoh ' ini epal. Nyam nyam nyam. Mama nak makan epal. Adik nak makan epal. Nyam nyam nyam'
  • Perkenalkan satu flashcard pada satu masa, buat permulaan. Anak anda akan lebih memberi tumpuan. Anda boleh letakkan flashcard tersebut di dalam beg yang comel, kemudian anda keluarkannya satu persatu.
  • Pastikan aktiviti anda menarik. Anda boleh gunakan flashcards yang sama setiap hari, tetapi method aktiviti yang berlainan. Contoh, aktiviti hari ini, ambil flashcards dari dlm beg comel. Aktiviti esok, treasure hunt flashcards. Aktiviti seterusnya, padankan flashcards dengan barang-barang di dalam rumah.

3. Tips membantu pembelajaran - prompting and cueing

  •  Ramai mengadu, anak mereka akan koyak atau sepahkan flashcards tersebut. EMMM, anda sepatutnya mengajar anak untuk menyayangi barang-barang mereka. Sebaik-baiknya setiap kali selepas melihat flashcards, anak anda perlu menyimpan semula kad tersebut ke dalam kotak atau beg. OHH!! anak anda masih tak boleh pegang dengan baik?? atau anak anda tak faham anda cakap. YA, andalah yang perlu pegang tangannya. (ini adalah contoh 'prompting')
  • Sentiasa memuji anak anda. Pujian tidak semestinya dengan perkataan sahaja. Anda boleh tepuk tangan dengannya atau 'give me 5' atau berikannya sticker untuk dilekatkan di bajunya.  (tips: luahkanlah perasaan bangga anda kepada anak anda, mereka akan lebih menghargainya).
  • Jangan sesekali bercakap pelat. Jangan bercakap terlalu laju. Jangan bercakap terlalu panjang. Pastikan ada 'P A U S E    T I M E'
  • Jadilah PENDENGAR yang baik. Kebanyakan ibu bapa tidak perasan anaknya dah bercakap banyak. atau anaknya meminta sesuatu. (terkejut sebab anak saya 'harith' cakap kepada papa dia "Papa, top" - (papa, stop!))
OK. Setakat ini sahaja. Sebenarnya, BANYAKKKK lagi tips.. tapi, saya ada aktiviti dengan anak-anak saya sekejap. :) SEMOGA BERJAYA!!
* kalau ada pertanyaan, boleh tanya saya ye..

Saya ada menjual flashcards. Ada 3 jenis set. Setiap satu set ada 30 keping kad. Dan perkataan untuk kad-kad ini adalah perkataan yang saya pilih sesuai dengan perkembangan awal kanak-kanak dari segi bahasa dan pertuturan. Setiap 1 set (30pcs) bernilai RM16 sahaja.

SET A : Flashcards A - Z Malay - RM16
SET B : Flashcards A - Z English -RM16
SET C : Flashcards My First Words (sesuai untuk bayi bawah 1 tahun) -RM16
COMBO SET : A,B, C = RM40 ONLY
*Flashcards yang lain pun ada, add saya di facebook aida_illiyin@yahoo.com

"pada umur 1 tahun, anak anda sepatutnya sudah bercakap perkataan pertamanya (1 word utterance), dan pada umur 2 tahun, dia sudah mula menggabungkan 2 perkataan menjadi satu ayat."

To ORDER:
  • email : aida_illiyin@yahoo.com
  • sms / call Pn Aida - 0194477963
  • ADD di Facebook : aida_illiyin@yahoo.com

March 08, 2012

Perkembangan Bahasa & Pertuturan; Apa yang NORMAL?


Sebenarnya, perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sebelum  anak menyebut perkataan pertamanya.  Ia bermula sejak lahir,  iaitu melalui interaksi dan hubungan anda dengan anak  anda. Contohnya interaksi ketika mandi, menukar  lampin,  menyusu, bermain dan sebagainya.


Perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza dan unik bagi setiap individu. Secara amnya, kebanyakan kanak-kanak mula menyebut perkataan pertama semasa berumur 12 hingga 13 bulan. Kanak-kanak sudah mula mencantum dua perkataan bersama  dengan menyebut frasa pendek  seperti ‘nak minum’, ‘papa balik’ ketika berumur 24 bulan. (anak anda mungkin bercakap pelat, tapi masih menggabungkan 2 perkataan; contohnya /papa ayik/). Pada umur 3 tahun, kanak-kanak  sepatutnya sudah bercakap secara konsisten menggunakan sekurang-kurangnya frasa tiga atau empat perkataan  seperti ‘nak minum air’, ‘jom pergi jalan’  dan sebagainya. (Malah, ada yang bercakap lebih petah lagi).

Jika anak anda masih bercakap dalam satu  perkataan setiap ujaran pada  umur dua tahun, anak  anda mungkin mempunyai masalah kelambatan pertuturan. Masalah ini perlu diambil serius kerana ia  akan mempengaruhi perkembangan keseluruhan anak anda serta masa  depannya. Oleh itu, jika anda meragui sama ada anak anda mempunyai masalah  pertuturan dan bahasa atau tidak, rujuklah anak anda kepada pakar terapi  pertuturan dan bahasa supaya kemahiran pertuturan dan bahasa anak anda dapat dinilai dan didiagnos.

Walau bagaimanapun, ia adalah normal untuk kanak-kanak bercakap pelat pada awal usia mereka. Ini kerana, pertuturan atau sebutan kanak-kanak juga melalui peringkat pembelajaran atau perkembangan. Pada awalnya, bayi akan mula menyebut bunyi-bunyi bibir sahaja iaitu /m/, /b/ dan /p/. Dan sebab itulah kebanyakan panggilan untuk ibu bapa di seluruh dunia bermula dengan bunyi-bunyi ini. Contohnya, 'mama', 'mak', 'ummi, 'mummy', 'papa', 'appa' dan sebagainya. Jadi, anda perlu menjadi pendengar yang baik untuk mendengar dan meneliti apa yang cuba disampaikan oleh anak anda, walaupun bunyinya pelat.

Peez = 'Please'
Tank-o = 'Thank you'
(p/s: anak saya berusia 2tahun menyebut /yeyek/ = 'terbaik' *trademark Boboiboy)

Perkembangan  bahasa sebenarnya  bukanlah berkembang atau bertambah maju dengan pertambahan umur kanak-kanak. Ia berkembang dengan cara jika kanak-kanak mahir sesuatu kebolehan, ia akan membantu mendapatkan kebolehan yang seterusnya (it develops as  one skill helps  the next). Apabila kemahiran yang awal berkembang, ia membolehkan kebolehan  yang seterusnya  dipelajari.

Corak perkembangan bahasa berkembang sama seperti perkembangan fizikal kanak-kanak. Sesuatu peringkat membantu pembelajaran  peringkat seterusnya. Contohnya, apabila kanak-kanak  sudah mahir menerap, ia membantu mempelajari dan mendapatkan kebolehan merangkak. Apabila sudah pandai merangkak, ia membantunya  untuk duduk.  Setelah duduk,  ia  membantunya untuk berdiri dan seterusnya berjalan.
"It develops as one skill helps the next"

Sama  seperti perkembangan bahasa. Kemahiran pra bahasa adalah asas yang membantu perkembangan kanak-kanak untuk memahami bahasa dan seterusnya  menggunakan bahasa tersebut. 
*to be continue...


www.tasneemshop.com untuk mendapatkan bahan2 merangsang perkembangan bahasa anak anda.

November 03, 2011

Kemahiran Pre verbal - Turn - taking



Apa itu 'turn taking' atau mengambil giliran?
  • kemahiran preverbal asas dan sangat penting dalam komunikasi 
  • Kebanyakan kanak-kanak yg bermasalah komunikasi/kelambatan pertuturan (seperti Autism Spectrum Disorder) mempunyai masalah dalam mengambil giliran
  • Bermula dengan mengambil giliran untuk aktiviti mudah (contoh : passing ball) sehingga yang lebih kompleks (take turn in conversation)
  • Terdapat 2 bahagian dlm mengambil giliran
    • Menunggu gilirannya
    • Mengambil gilirannya 

Macam mana nak buat?

INGAT! Kanak-kanak belajar dengan cara BERMAIN. Jadi, bermainlah dengan anak anda.


Tips:
  1. Mulakan dengan mengambil giliran untuk 2 orang sahaja. Jangan terus start dengan 4 orang. Kanak-kanak terutamanya bayi tidak boleh menunggu lama.
  2. Beri arahan dengan tepat, dan tak perlu 'kasi chance'. Maknanya, kalau bukan gilirannya, anak itu mesti TUNGGU. Kan ada 2 bahagian dalam kemahiran ini iaitu menunggu giliran & mengambil giliran
  3. Beri ganjaran apabila anak anda dapat menunggu dan mengambil giliran. Ganjaran tidak semestinya 'token' sahaja. Contoh 'token' ialah sweets, stickers dan sebagainya. Pujian secara verbal juga adalah salah satu ganjaran. (Kebanyakan pesakit saya sangat suka dengan 'Give me 5' saja)
  4. Introduce new vocabulary. Semasa bermain, ajarkan perkataan yang baru untuknya. (saya akan huraikan lebih lanjut dalam tips menggalakkan anak cepat bercakap).

Contoh permainan:

Connect-4 : ada dijual di MPH (mahal sikit, dalam RM60+) dan TESCO (murah sikit dalam RM15)
Selain bagus untuk meningkatkan kemahiran 'turn taking', permainan ini juga bagus untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

 Bola. Main pass bola. Mula dengan main berdua dahulu. Bayi pun boleh main tau. Ibu geng dengan bayi (tolong anak pegang bola) dan pass kepada ayah (geng lain) - take turn in 2 dulu ye

Blocks. 
Ambil giliran untuk susun blocks bersama anak anda.


  • Kebanyakan ibu bapa rajin membelikan alat permainan untuk anak mereka, tetapi adakah anda meluangkan masa untuk bermain bersama-sama dengan mereka?
  • Ada juga ibu bapa yang tidak suka membelikan mainan kerana tidak mahu rumah bersepah dan sebagainya. Ingat, senduk dan bekas di dapur pun boleh dijadikan permainan. 
  • Semasa zaman kita dahulu, kita bebas untuk explore dan bermain di luar rumah. Tetapi, kanak-kanak pada zaman sekarang adalah sangat BAHAYA untuk keluar bermain di luar rumah. Jadi, dengan membelikan alat permainan dan bermain bersama-sama anak anda, perkembangannya dari segi fizikal, mental, sosial dan bahasa akan lebih cepat berkembang.
*banyak lagi tips untuk anda, saya tulis sikit-sikit ye. Kalau ada soalan, boleh terus tanya di ruangan komen. InsyaAllah, esok saya akan ceritakan serba sedikit tentang konsep ABC dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak.


Wassalam.