June 20, 2012

Kenapa "kemahiran MENIRU" penting??? (Pre-verbal language skill)

Assalamua'laikum

Hari ni saya sangat gembira kerana selepas 3 sesi terapi dijalankan, klien saya berjaya meniru bunyi pertuturan dengan nada dan sebutan yang betul.

Saya rasa sangat teruja dan sebenarnya pujian harus diberikan kepada kedua ibu bapanya serta keluarganya yang bertungkus lumus melakukan aktiviti rangsangan bahasa di rumah, seperti yang telah saya sarankan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, dengan sedikit tips (iaitu teknik yang betul), InsyaAllah segalanya menjadi mudah.


Apa itu kemahiran MENIRU?


  • Meniru ialah kemahiran mengulang atau mengikut sama ada aksi, bunyi, perkataan atau memek muka. 
  • Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran pra-bahasa. 
  • Untuk meniru, kanak-kanak itu perlulah memberi tumpuan kepada apa yang orang lain sedang lakukan atau cakapkan. 



Kenapa kemahiran MENIRU penting?


  • Dengan meniru, bayi dan kanak-kanak boleh belajar bahasa, isyarat, cara bercakap dan macam-macam lagi. 
*ini termasuklah perkara positif dan negatif. 

*Pernah seorang bapa memberitahu saya supaya saya memukul anaknya semasa sesi terapi. Isk.. Isk... kerana katanya di (satu tempat yang lain),mereka menggunakan rotan untuk membuatkan anak diam atau memukul anak itu.

Tapi, saya telah menolak permintaannya. Saya katakan kalau saya pukul anak ini, sekejap saja dia akan belajar untuk pukul kita balik. Ya, anak itu ada kemahiran MENIRU. Dan meniru aksi fizikal adalah antara kemahiran meniru yang mudah. Jadi, berhati-hatilah dengan tingkahlaku kita ye kerana anak sentiasa memerhati. 


Ada tak kanak-kanak yang tidak pandai MENIRU?
  • Ya, memang ada. Dan kebanyakannya mempunyai masalah perkembangan bahasa, pertuturan & komunikasi. 
  • Sebab itulah kemahiran ini antara kemahiran yang penting. 


Perkembangan Kemahiran MENIRU


Gambar hiasan

  • Kemahiran ini berkembang mengikut peringkat. Satu peringkat membantu peringkat yang seterusnya. Sehinggalah kanak-kanak tidak lagi meniru, sebaliknya menggunakan kemahirannya dengan spontan. 
1. Bayi
  • pada peringkat awal, bayi akan meniru bagaimana untuk memberi perhatian (tumpuan) - sama ada kepada bunyi atau objek (mendengar & melihat). 
  • dulu masa Tasneem bayi, ramai kawan-kawan saya kata, Tasneem memang suka memerhati. Sampai bos saya pun dia tengok aje. (macam tahu je bos ni lah yang marah mama masa Tasneem dalam kandungan dulu. Hehehe)
  • Bayi juga belajar mengambil giliran untuk meniru memek muka. Baby akan senyum, buat muka sedih, merajuk dan macam-macam lagi. Comel kan?
  • Kebanyakan bayi akan cekap meniru dengan memerhati tingkah laku orang disekelilingnya atau persekitarannya. 

2. 7 hingga 8 bulan
  • Pada peringkat ini, bayi akan membuat pelbagai bunyi dan akan cuba meniru bunyi-bunyi yang didengarnya. (tak kisahlah sama ada bunyi pertuturan / percakapan atau bunyi persekitaran cth bunyi ayam, bunyi telefon etc)
  • tengok video ni. cute kan? Baby ni cuba tiru ayahnya bersin. 


3. 12 bulan ke atas

  • kanak-kanak mula meniru intonasi. Emm, faham tak apa itu intonasi? Contoh intonasi : kita kata "o o" -kalau benda jatuh. atau "mana?" (intonasi soalan)
  • kanak-kanak akan mula meniru gaya anda bercakap di telefon, atau gaya anda marah mereka "no" ( anak akan marah orang lain atau "doll" nya). - contoh sahaja
  • masa umur ni, anak memang sangat pandai meniru aksi menari, menyanyi, berzikir atau main cak-cak & macam-macam lagi. -Excellent!
  • kemudian, anak akan mula meniru segala yang berlaku di persekitaran mereka. Termasuklah, cara menyapa (greetings) (contoh : masuk rumah, bagi salam) etc, cara berkawan (main dengan kanak-kanak lain) dan sebagainya
  • kemudian, anak akan meniru pertuturan kita dari satu perkataan sehinggalah bercakap dalam ayat. 

Persoalannya ialah : Perlu ke kemahiran ini diajar?
  • kebanyakan kanak-kanak akan belajar kemahiran meniru ini secara natural, tanpa perlu diajar.
  • Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang bermasalah (contoh : masalah perkembangan fizikal / bahasa, masalah pendengaran atau pembelajaran dan lain-lain), mereka memerlukan bantuan untuk mempelajari dan menguasai kemahiran ini.

5 TIPS untuk membantu meningkatkan kemahiran meniru kanak-kanak:
  • Pastikan ada "eye contact" bila bercakap dengan anak. 
    • Pastikan apabila bercakap dengan anak, anda melihat mukanya, dan anak pun melihat muka anda. 
    • Elakkan bercakap sambil lewa sahaja. 
    • Biasanya, saya akan dukung anak, atau duduk, untuk dapatkan "eye contact" yang lebih baik. Sebab kedudukan mata & muka lebih kurang sama sewaktu dukung  atau kita yang duduk
  • Janganlah malu
    • Em, janganlah malu nak bermain dengan anak. Memang tak dinafikan ada ibu bapa yang malu untuk "berseronok" atau bergurau senda  bersama dengan bayi / anaknya. 
  • Tiru balik 
    • apabila anak cuba membuat sesuatu aksi atau memek muka, atau bunyi, tiru lah balik apa yang dilakukannya. 
  • Menyanyilah
    • cara paling mudah dan seronok untuk anak ialah dengan "menyanyi". 
    • anda boleh menyanyikan lagu kanak-kanak, nursery rhymes, nasyid atau apa sahaja. Buatlah aksi yang comel dengan lagu anda itu - untuk anak meniru.
  • Gunakan cermin, atau puppet
    • anda boleh gunakan cermin untuk meningkatkan kemahiran ini. Anda menyanyi dan beraksi, kemudian bantu anak untuk meniru. (simple je, macam nyanyi lagu "if u happy and u know, u clap ur hand - lepastu tepuklah tangan). 
    • Honestly, memang ada kanak-kanak yang tak boleh meniru pun aksi "tepuk tangan" tu, walaupun bagi kanak-kanak lain ia adalah mudah. 

Sekian saja tips hari ini. 

*Kalau anda perhatikan anak atau anak kawan-kawan yang bermasalah, rujuklah pakar kanak-kanak atau Speech Therapist yang berdekatan. Ini kerana info ini hanya maklumat am sahaja. Dan setiap kanak-kanak adalah unik dan berbeza. 






No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..