August 31, 2015

3 cara kurangkan kegilaan ipad pada anak-anak

Assalamua'laikum

Sebut saja tentang Ipad, semua orang suka. Siapa yang tak nak memiliki ipad sendiri? Semua orang nak. Dari ibu, ayah dan anak-anak pun suka. Bila semua orang "main" ipad, sudah pasti kanak-kanak pun nak "main" ipad juga. (Nampak tak perkataan "main" dekat situ). Kanak-kanak memang suka main kan?

Jadi macam mana? Kalau seisi keluarga dah menggunakan ipad untuk web browsing, facebook, youtube, games, kanak-kanak pun akan ikut juga. Dan ada juga sesetengah patient saya, yang seisi keluarga ada ipad sendiri. Contoh ayah satu ipad, mak satu ipad, abang umur 12 tahun satu ipad, abg ngah umur 10 tahun satu ipad, abg chik umur 4 tahun pun ada ipad. Tambah lagi seorang, adik baru umur 13 bulan, ayah tengah berkira-kira nak beli ipad tak untuk adik ni. 

Hmm

Sebenarnya elok ke tak ipad ni?

Sebenarnya ipad ni adalah satu alat pembelajaran yang bagus, kalau digunakan sebaik-baiknya. Jadi, adakah anda bersedia untuk menggunakan ipad sebagai alat pembelajaran? Adakah anda mempunyai masa untuk bersama-sama menggunakan ipad sebagai alat pembelajaran? Adakah anda bersedia untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya? (Janganlah biarkan anak-anak main ipad sendirian tanpa pengawasan dan kawalan). Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Ok. Sekarang macam mana pulak kalau anak saya dah memang addicted kepada ipad? Nak buat macam mana? 

Emm, ada 3 tips yang saya nak kongsikan. Tapi, perlu diingatkan yang setiap kanak-kanak adalah unik. Jadi, satu cara mungkin berjaya untuk seorang kanak-kanak, tapi tidak berjaya untuk kanak-kanak yang lain.

1) Beri mainan dan ajar cara bermain

Ramai kanak-kanak suka main ipad sebab ada banyak games. Ada  games Angry bird, mickey mouse, car drift dan macam-macam lagi lah. 
So, untuk menghilangkan ketagihan anak bermain ipad, beri anak mainan dan yang paling penting sekali ajar cara bermain. 

Anak saya Harith bila saya bagitahu nak bawak pergi kedai mainan, bukan main seronok lagi. Tapi, bila sampai kedai tu dari depan ke belakang ke depan balik ke belakang balik. Dia tawaf satu kedai tu berkali-kali, tapi tak tahu nak pilih mainan apa. 

Ada mainan yang dia dah ada. Bila saya cadangkan salah satu mainan dekat situ, dia tak nak. Lastly, saya ambil je dan terus bayar. Tapi setelah dipujuk lah (dengan bantuan papa nye..*wink). 

Tahu tak mainan apa? 


Ini dia. Main askar. Harga mainan ini pun murah saja, dalam RM7.50. Ada askar dengan 3 warna (hijau, coklat, biru), beberapa pokok, pagar dan pintu pagar, kapal terbang dan beberapa kubu. Banyak jugak kan? Tapi kecil saja mainannya.

Seronok sangat Harith main dengan kakak. Sebenarnya papa yang ajar cara nak main (sebab Harith tak pernah main pun mainan ni. 

Jadi, bila beri anak mainan, pastikan anda ajar cara nak main mainan itu ya. Cubalah dan lihat kegilaan anak anda kepada ipad akan merosot.

2) Melukis dan menulis

Satu cara lagi untuk mengurangkan kegilaan ipad anak-anak adalah dengan cara mengajak mereka menulis atau melukis atau menconteng. 

It's simple. Tak semestinya perlu beli buku itu, buku ini. Biasanya saya gunakan sekeping kertas a4, kemudian biarkan anak melukis apa yang dia suka. (Tips tambahan, tanyalah apa yang anak anda lukis. Dia pasti teruja nak ceritakan pada anda). 

Contoh lukisan Harith. 

Ini gambar keluarga. Ada papa, mama, kakak Tasneem, Harith dan baby Dzaheen. Emmm mama lah yang paling bulat dia lukis (dah macam Mr Potato). 

Biarkan anak melukis. Lukisan tak semestinya cantik sentiasa. Yang penting, beri peluang anak menunjukkan kreativitnya.

Keasyikan dia melukis dan memikirkan jalan cerita lukisannya, akan membuatkan kanak-kanak lupa pada ipad. Cubalah.

3) Ibu bapa sebagai model

Susah tak tips yang ini? Ibu bapa perlu menjadi model atau contoh kepada anak-anak. Kalau ibu bapa nak mengurangkan kegilaan ipad pada anak, ibu bapa pun mestilah kurang menggunakan ipad, terutama ketika berada di rumah dan di hadapan anak-anak.

Kebanyakan orang sekarang, bila di meja makan, semua orang pegang gadget. Ibu  bapa sibuk dengan iphone. Anak pula sibuk dengan ipad. Macam mana ni? Bila anak tengok ibu bapa sentiasa dengan gadget mereka, anak akan fikir itu satu rutin dan cara hidup sehingga menyebabkan ketagihan.

Jadi, hadkan masa anda menggunakan gadget terutama di rumah. Jika anda menjalankan perniagaan online sekalipun, tak perlulah anda 24 jam cek email atau message box. Ada masa untuk anda luangkan dengan anak-anak.

Anda juga boleh buat "kawasan larangan ipad" contohnya di meja makan dan juga bilik tidur. Serta "waktu larangan ipad" contohnya " sehingga jam 6:00petang sahaja".

Ok. Itu saja tips untuk kali ini. Feel free to discuss about this issue. 



No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..