June 13, 2012

Kenapa "speech therapist" tu "MAIN" aje dengan anak saya???

Assalamua'laikum..

Selalunya bila ada kes baru, antara persoalan saya ialah,
'pernah tak jumpa "speech therapist" sebelum ni?'.
 Kalau jawapannya "pernah", saya akan tanya lagi.
"Apa yang speech therapist dah ajar sebelum ni?".

Soalan ni penting. Sebab bidang ini luas. Ada bahagian pertuturan (speech), ada bahasa (language) dan ada komunikasi dan penelanan (swallowing). Setiap speech therapist pula adalah unik dan berbeza, dan kebarangkalian yang tinggi untuk mereka fokus kepada perkara yang berbeza dalam bidang ini. Mungkin ada yang fokus untuk latihan oral motor, mungkin ada yang fokus untuk komunikasi. -- sebab itu persoalan di atas penting.

Tapi, 90% daripada para ibu bapa atau penjaga akan menjawab begini:
"speech therapist tu main je dengan anak saya. Dia main puzzle, main bola, main belon, main masukkan beads, tengok gambar, main anak patung dan sebagainya".

Huhuhuu.. sedih pulak saya mendengarnya. Nampaknya ibu bapa ini tidak faham apa yang sedang berlaku & dilakukan oleh terapis.

Emm, sebenarnya setiap aktiviti yang dilakukan ada MATLAMAT & RASIONAL nya.
___________________________________________________________________________________

Kenapa "BERMAIN" penting dalam terapi?

-Sebenarnya "bermain" memainkan peranan yang sangat penting dalam terapi pertuturan. Tambahan pula, kalau terapi itu untuk kanak-kanak.

-Ia bukan saja penting semasa "terapi". Tetapi semasa "speech therapist" menilai kebolehan anak itu, mereka bermain. Ya, ujian saringan dan diagnostik dijalankan sambil "bermain".

-Biasalah, bukan senang untuk kanak-kanak bermesra dengan orang asing yang baru pertama kali dijumpainya. Kalau tak kena caranya, mungkin tak nak masuk bilik terapi pun. Tapi kebanyakan patient tak nak balik dah, selepas jumpa 'speech therapist'. BEST dapat main macam-macam. :D

___________________________________________________________________________________

Apa kelebihan "BERMAIN"?

-Melalui "BERMAIN", speech therapist dapat membina hubungan yang baik dengan anak itu, sekaligus menjadikan proses 'ujian' atau 'terapi' berjalan lancar.

-Kebolehan & kelemahan kanak-kanak itu (secara kasar) dapat dinilai melalui aktiviti ini.

-Anak tidak tertekan dan dapat menumpukan perhatian lebih lama semasa terapi dijalankan. (sebenarnya, tanpa mereka sedari yang mereka sedang 'terapi'). No pressure. No stress. (sebab tu lah, ramai ibu bapa yang kata " oh, anak saya boleh fokus bila datang sini (speech therapy)".

- "Bermain" akan membuatkan "terapi" itu lebih menarik dan kurang menakutkan.

-Sebenarnya, "bermain" juga adalah salah satu kemahiran. Jika anak itu tidak pandai bermain, atau bermain dengan cara yang kurang sesuai, maknanya ia menunjukkan simptom2 berkaitan masalah pertuturan, bahasa atau komunikasi. Jadi, risaulah jika anak tidak pandai bermain. (Bermain ada banyak jenis. Saya akan cuba huraikan next entri)

-"BERMAIN" juga adalah asas bagi kemahiran kognitif kanak-kanak.

___________________________________________________________________________________

Apa pula kata ibu bapa?

-Malangnya, kebanyakan ibu bapa memberi impresi negatif apabila melihat terapis "bermain" dengan anak mereka. Mungkin ibu bapa terkejut, ye lah datang jauh-jauh, tunggu appointment lama (untuk dapatkan tarikh), bayar mahal untuk satu sesi, tapi.... tengok-tengok terapis bermain saja dengan anak.
("ini saya pun boleh buat di rumah", katanya dalam hati. Dan kebanyakannya datang semula dan berkongsi rasa kecewa kerana sesi "bermain" dengan anak mereka di rumah, kurang berjaya. )

- Biasanya saya akan libatkan ibu bapa dalam sesi terapi dan "coach & guide" ibu bapa dengan teknik dan tips semasa menjalankan terapi itu. Nak main pun, kena ada caranya...


Anda boleh bertanya soalan-soalan seperti ini:
  1. Apakah goal / matlamat  aktiviti ini?
  2. Apa hasil yang saya perlu jangkakan? 
  3. Apa yang perlu saya buat untuk bantu anak mencapai "matlamat" itu?
  4. Bagaimana saya nak aplikasikan dalam rutin harian?
  5. dan macam-macam lagi..... 
Oleh itu, saya berharap, para ibu bapa faham kenapa 'speech therapist' anda "BERMAIN" semasa sesi dijalankan. (sharing is caring)

Emmm, banyak lagi sebenarnya tentang PLAY ni.. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entri akan datang. 


___________________________________________________________________________________

Jom tengok gambar Tasneem & Harith MAIN:

Tasneem main masak-masak. Seronok sangat. 
Ni dekat Kidzoona kat AEON Ipoh.

Harith main 'hand puppet' ni dengan papa. 
Harith main 'lembu', papa 'singa'
MOOOO -- ROARRRR

Ni memang rutin harian Tasneem & Adik main sama-sama. 
Tasneem suka main 'masterchef'. Buat hiasan makanan, lepas tu suruh mama rasa & komen. :D

Ni main kat hospital. Seminggu berkampung kat hospital. 
Jadi, papa dah bawakkan macam2 toys.
Adik kena pneumonia masa ni.

OK. Sekian.
Jika ada soalan, saya tak keberatan untuk menjawabnya. 
Ilmu yang sedikit ini hanya pinjaman dari Allah, untuk dikongsikan bersama. 



No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..