April 04, 2012

Ajar anak MEMBACA atau BERCERITA???

Bila sebut tentang buku, ramai yang beranggapan bahawa buku ini hanya untuk ajar anak 'membaca'. Dalam kata lainnya, kenal huruf, eja dan seterusnya baca.


BETUL KE???
Jadi macam mana pula untuk kanak-kanak berumur setahun atau 2 tahun atau bayi ?? Adakah tak perlu untuk kita perkenalkan dengan buku atau gambar?

Sharing a good book with your baby makes for lasting memories 

Kenapa ia perlu???
'Book sharing' atau membaca buku bersama-sama anak adalah perlu kerana...

  • Merangsang perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak 
    • (anak akan lebih cepat bercakap. Dan sebutan lebih jelas dan tidak pelat)
  • Merangsang perkembangan minda kanak-kanak
    •  (ini kerana, tidak semua benda yang boleh diperkenalkan kepada seseorang kanak-kanak. Contohnya, jika dibandar, bagaimana untuk perkenalkan perkataan ayam dan lembu?? Jadi, melalui pembacaan buku cerita, kanak-kanak belajar perkataan baru, serta sesuatu yang baru dalam dunianya). 
  • Mendidik anak ke arah kebaikan
    • semasa membaca buku inilah cara terbaik kita mendidik anak ke arah kebaikan. Contohnya, jika kita ceritakan tentang burung yang cedera kerana burung lain terlanggarnya, kita boleh mengajar anak perkataan 'maaf'.
  • Mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa
    • perkembangan psikologi kanak-kanak akan lebih tenang dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama ibu bapa mereka.


Tips untuk membaca buku bersama bayi (infants)

  • Bayi sukakan warna yang menarik. Jadi pastikan buku anda mempunyai warna dan gambar yang menarik.
  • Gunakan suara anda yang nyaring dan berintonasi yang menarik. Jika anda bercakap dengan nada bosan (sambil berfacebook di handphone), percayalah anak anda tidak sukakannya. 
  • Anda perlu bercakap dengan nada gembira, apabila bersembang dengan bayi. Ini kerana bayi sukakan suara yang lembut, nyaring dan menyeronokkan. Jika anda bersuara garau, bayi akan takut dengan anda.
  • Apabila melihat gambar burung, anda buatlah bunyi burung sambil bercerita kepada anak anda. Contoh : ' WAHHHH!!!, Ada Buuuurunggg. Burung boleh teerrrbang. Tinggiiiiii. Pit pit pit bunyi burung.'
  • "You become a special friend-not only someone who comforts, cleans, and feeds, but someone who opens the amazing and surprising world of stories for an infant's delight." 
  • Tips akhir hari ni, ialah 'sabar menunggu'. Biarkan anak enjoy membaca buku bersama anda. Dan jangan terkejut, anak anda boleh menghabiskan masa yang lama (mungkin sejam atau lebih), dengan buku yang sama, apabila anda membacanya dengan menarik.

Ok lah, nanti saya akan kongsikan macam mana nak membaca buku cerita dengan kanak-kanak yang lebih besar pula. 

Oh ya, saya kini ada menjual buku cerita Islamic yang sangat sesuai untuk anak-anak. Bukan sahaja meningkatkan perkembangan minda, bahasa atau pertuturan sahaja, malah meningkatkan akidah dan kepercayaan mereka kepada Allah SWT. 

Antara buku-bukunya ialah:










Jika anda berminat untuk order:
1. email aida_illiyin@yahoo.com / aidaspeech@gmail.com
2. sms/call Pn Aida 0194477963
3. add Aida Illiyin di FB (aida_illiyin@yahoo.com)

Selamat mencuba!! :)

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..