April 16, 2012

Buku Cerita Bergambar & psikologi kanak-kanak

Terdapat banyak cara untuk para ibu bapa meningkatkan kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Antaranya adalah dengan membacakan buku cerita bergambar.

Jika ibu bapa selalu menunjukkan buku bergambar kepada kanak-kanak, mereka bukan sahaja dapat belajar perkataan yang baru (new vocabulary), malah semakin lama akan semakin memahami cerita yang cuba disampaikan. Oleh itu, pilihlah buku cerita yang bersesuaian dan dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Dalam usia yang muda, otak kanak-kanak umpama span, yang akan menyerap apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Bukan sahaja dengan apa yang mereka dengar, malah melalui apa yang mereka lihat. Sebab itulah kita perlu berhati-hati memilih material yang hendak didedahkan kepada anak.

Contohnya, pilihlah buku yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai Islam. Memang benar, pada masa kini terdapat terlalu banyak stimulasi dari pelbagai sumber yang tidak bercirikan nilai-nilai Islam. Jadi, kita sebagai ibu bapalah yang perlu mendedahkannya kepada anak-anak kita.

Selalu kita dengar perumpamaan ini ; "anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya". Tetapi, pernahkah kita menganalisis diri kita dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa itu? Adakah kita telah mencorakkan menjadi insan yang baik dan berguna? Atau sebaliknya?

Bagaimana pula dengan perumpamaan ini ' bapa borek, anak rintik'. Jika ibu bapa menunjukkan contoh dan teladan yang baik, maka baiklah jadinya. Contohnya, jika ibu bapa sentiasa bersolat jemaah, berzikir dan mengaji Al-Quran, aktiviti ini akan tersemat dalam sanubari anak sebagai rutin harian yang wajib. Dan mereka akan terbiasa dengannya, dan InsyaAllah mereka akan merinduinya, walau di mana pun mereka berada kelak.

Saya selalu mendoakan anak-anak saya menjadi insan yang soleh dan solehah serta bijaksana. Kenapa 'BIJAKSANA'? - ya, kerana saya berdoa anak saya menjadi insan yang bijak memilih yang baik daripada yang buruk, malah dapat belajar dari kesilapan, serta berhati-hati dan menilai dahulu sebelum membuat keputusan.

Kesimpulannya, pilihlah bahan yang baik untuk dikenalkan dan diserapkan dalam diri anak-anak. Buku cerita yang Islamic adalah lebih baik dari buku cerita yang berunsur bertentangan dengannya. Cerita adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendedahkan anak dengan persekitaran kehidupan di luar, malah salah satu cara untuk membantu anak memahami erti kehidupan. Dan yang pasti kanak-kanak sangat sukakannya. Terutama apabila anda memeluknya, sambil bercerita. :D

Saya ingin kongsikan buku cerita Islamic yang anak-anak saya suka, dan akhirnya saya menjadi penjual buku-buku ini kerana sangat sukakan kandungannya dan yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada anak-anak dan genarasi kita akan datang. Anda boleh lihat di  http://addhuhanetwork.blogspot.com/2012/04/ajar-anak-membaca-atau-bercerita.html

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..