June 16, 2012

Tahu tak ??? Anak lebih suka bermain dengan ibu bapa, daripada menonton TV.

Assalamua'laikum.

Tahu tak?? Sebenarnya anak-anak kita lebih suka bermain dengan ibu bapa mereka, daripada menonton TV. Hmm.. Menarik kan???


Tapi........ kenapa ibu bapa fikir anak-anak lebih suka menonton TV daripada bermain???

Dan ibu bapa fikir, yang mereka tak ada masa pun nak "main" dengan anak-anak.

Atau ibu bapa fikir, mereka sudah lupa macam mana nak "main" sebab sibuk dengan kerja, tekanan dan macam-macam lagi.


Sebenarnya, apabila anda menjadi "ibu bapa", anda mesti tahu bahawa bayi atau anak anda memang suka bermain dengan anda. Betul tak??? (kecuali anak tu memang mempunyai masalah komunikasi seperti Autism dan sebagainya).

Tapi, dah jadi tabiat kita sebagai ibu bapa untuk melengah-lengahkan atau mengabaikan permintaan anak untuk bermain. Ye lah, kesibukan di tempat kerja dan menguruskan anak di rumah menyebabkan ibu bapa ingin berehat.

Mungkin kita akan katakan "bukan sekarang", "sekejap lagilah", "mama ada kerja kejap ni". Dan kesannya anak akan menonton TV sendiri tanpa ditemani ibu bapa, atau bermain sendirian. Apabila ini kerap berlaku, tidak hairanlah bila anak remaja masa kini lebih suka memerap di dalam bilik mereka atau menghabiskan masa di depan TV atau PC, dan kurang berinteraksi dengan ibu bapa. Bila difikirkan, ruginya kita sebagai ibu bapa jika tidak mendidik sikap 'kekeluargaan' itu dari kecil lagi, supaya tidaklah anak lebih suka berkongsi rasa dan rahsia dengan kawan berbanding ibu bapa sendiri. "FAMILY FIRST".

Bila anak ajak bermain, tidak semestinya mereka bagitahu dengan verbal semata-mata. Mungkin anak datang kepada anda, dan bawa belon. Itu tandanya anak nak mengajak anda bermain belon. Atau anak datang bawa buku cerita. Sebab nak kan anda bercerita kepadanya.

Saya tak nafikan bahawa kesibukan kita membuatkan kita penat dan kononnya tiada masa untuk "bermain" bersama dengan anak. Tapi, tahukah anda, apabila kita meluangkan masa bersama anak-anak, ia adalah satu pelaburan yang besar. Bukan sahaja "pelaburan" untuk anak-anak meningkatkan kemahiran berfikir mereka, malah satu "pelaburan" untuk kita sebagai ibu bapa. Supaya anak sentiasa menghargai dan menyayangi serta sanggup meluangkan masa untuk bersama kita apabila mereka dewasa kelak.

"Our lives are richer because of the time we spend with our children."

Jadi, marilah kita sama-sama berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak. Marilah bergembira bermain bersama-sama mereka.

*bermain tidak semestinya dengan alat permainan yang mahal semata-mata.
Main kejar-kejar pun satu permainan. :D

p/s: Hari ni saya nak main "pondok-pondok" dengan anak-anak. Jom!

Minggu lepas, kami semua pergi main layang-layang di Padang Polo.
Naik tinggi juga layang-layang Tasneem


Harith suka sangat memancing. 
Ni kat Sungai Perak.






No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..