August 31, 2015

4 Tips menjadi pendengar yang baik

Assalamua'laikum.

Kenapa perlu menjadi pendengar yang baik?



Selalu kita katakan, untuk menjadi seorang ibu bapa yang baik, kita perlu memahami anak. Untuk memahami anak, kita perlu menjadi pendengar yang baik.

Sebenarnya, menjadi 'pendengar yang baik' bukan hanya untuk anak kepada ibu, boleh jadi juga suami kepada isteri, sahabat kepada sahabat dan kepada sesiapa sahaja. Bila kita dapat menjadi pendengar yang baik, lebih ramai orang akan sukakan kita. Kerana bagi mereka, kita telah memahaminya.

Ramai orang yang 'mendengar', tetapi tidak 'memahami'. (Hear but not listen). Mendengar adalah satu proses fizikal, manakala 'memahami apa yang didengar' adalah satu proses melibatkan mental. Ramai orang kuat bercakap dari mendengar. Rasa macam dia semuanya betul. Pendapat orang lain diabaikan dan ditolak ke tepi. Hmmm, pernah terfikir tak kenapa Allah beri kita dua telinga dan satu saja mulut??


1) Attitude / Sikap

Pertama sekali kita mesti ubah sikap atau attitude kita sendiri dengan cara berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi pendengar yang baik. Keputusan dan pilihan adalah di tangan kita. Kita yang memilih sama ada 'nak dengar' atau 'tak nak dengar'(abaikan). Itu adalah pilihan kita. Jadi, apabila kita tanamkan azam menjadi pendengar yang baik, kita memilih untuk itu.

Selalunya, apabila berkomunikasi dengan anak (contohnya), kita bertanyakan soalan kepadanya. Tapi, kita tidak mendengar pun dnegan teliti jawapannya. Apa yang lazim berlaku ialah, kita 'teka-teka' saja jawapan atau kita tak bagi anak menjawab langsung.

Contoh, ibu tanya 'anak nak makan apa?' (sambil ibu belek iphone)
Tak sempat anak menjawab, ibu dah belikan donat, keropok etc etc.
Itu bukan pendengar yang baik.



2) Mengalu-alukan atau tunjukkan minat

Tips seterusnya ialah mengalu-alukan anak untuk bercakap atau bercerita dengan kita. Kita boleh tunjukkan dengan cara tunjukkan bahawa kita benar-benar berminat untuk mendengar apa yang ingin dikatakannya. Pandang ke matanya, tunggu dia bercakap, jangan potong percakapannya.

Anak boleh tahu kita ikhlas tak nak mendengar luahan hati mereka. Kalau mereka bercerita, sambil kita ibu bapa tengah tengok TV, atau surf internet, anak pun naik angin jadinya sebab ibu tak berminat nak dengar pun. Mulalah si anak buat perangai, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi.

Jadi, letak handphone ke tepi, duduk sebelah atau berhadapan anak dan renung matanya, dan berbuallah serancaknya.

3) Berfikiran terbuka

Macam mana kita katakan yang 'mama berfikiran terbuka, cakaplah apa saja'. Tapi belum anak habis cakap sepotong ayat pun, kita dah melatah "jangan!", "tak boleh". Sudah tentu anak anda akan rasa sedih.

Sepatutnya, kita dengar saja dulu apa yang anak cuba katakan. Kemudian, jika ia nampak macam tidak bagus atau tidak sesuai, timbulkan beberapa persoalan untuk anak kita jawab. Jangan sekali-kali menyampuk.

4) Stay focused
Tips yang terakhir ialah pastikan anda fokus. Kalau anak datang mengadu pada anda, pastikan anda fokus. Dengar dengan teliti. Pandanglah ke matanya. Yang penting, jangan buat kerja lain (multitasking) macam tengah selfie ke, berfacebook ke, melayan pelanggan di whatsapp ke.

Fokus kepada orang yang sedang bercakap. Barulah anda lebih memahaminya. 




No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..