June 06, 2012

"Ibu, berkatalah yang baik"

Assalamua'laikum,

Kebelakangan ini, saya rasa agak kecewa dengan sikap ibu masa kini. Mungkin terlalu asyik atau leka untuk meng"update" gambar dan status di facebook, sehingga kadang-kadang mengatakan perkara yang buruk kepada anak-anak mereka. Mungkin ibu itu sedar. Atau mungkin kelakar baginya. Atau mungkin ibu itu tidak perasan pun.

Semasa saya baru melahirkan Tasneem, selepas habis berpantang, abah saya ada berpesan. Pesanan ni kepada saya dan juga suami. Katanya, "Jadi mak, kena jaga kata-kata. Kata-kata ibu adalah doa." Saya dengar je.

Lepas tu abah pesan lagi dengan tegas kepada suami saya, "Shah kena ingat. Orang perempuan ni selalu emosional. Kadang-kadang deme (heheh Bahasa Perak) tak perasan apa yang deme cakap. Kita lah yang kena ingatkan". 


Lepas tu abah sambung cerita lagi, "abah pun selalu ingatkan mak".


Ni gambar abah masa dapat Anugerah Maulidur Rasul tahun 2009 dari Sultan Perak.


Sebab itu saya cukup berhati-hati bila bercakap dengan anak atau bercerita tentang anak kepada orang lain. Apapun, saya juga manusia biasa. Tak lari dari melakukan kesalahan. Sebab itulah kita kena saling ingat mengingati dan berpesan-pesan.

Yang menyebabkan saya agak kecewa, bila tengok status FB kawan-kawan saya tentang anak mereka. Mungkin mereka cuma nak buat kelakar atau nak bagi lebih ramai orang "like" atau "komen" pada status atau gambar tu.

Contohnya "tengoklah gambar budak nakal ni" - (status untuk describe gambar anak).

atau "tak bolehlah ibu nak buat kerja, sebab melayan budak yang tak reti duduk diam ni" (untuk update status)

atau "dah macam gaya .......... (seseorang yang tak baik / tak boleh dijadikan idola Muslim)" 

Sedih hati saya setiap kali baca. Sebab kata-kata ibu adalah doa. Orang lain mungkin boleh "berkata" apa-apa saja tentang anak kita. Tapi sebagai ibu, kita perlu menjaga tutur kata.
p/s: selalunya saya takkan komen atau like pun status / photo tu.

Saya perasan, bila ada orang berbual dengan saya tentang anak saya Harith, dan saya cerita tentang masalah Asthma Harith, kalau saya terlebih cakap atau tersilap cakap, mesti Harith kena asthma attack tak lama selepas itu. Sebab tu bila orang tanya, saya tak nak cerita banyak, just cakap "Alhamdulillah, Harith sihat. Harith ni kuat semangat orangnya".


Kepada kawan-kawan, ingatlah
  "kata-kata ibu itu adalah doa.
 Jadi, berkatalah yang baik kepada anak-anak kita"


MY FAMILY
 "Acuan yang bulat, mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. 
Begitu juga dengan anak kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri"

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..