June 03, 2012

Siapa GURU PERTAMA anak anda???

Assalamua'laikum,

Siapa guru pertama anak anda?? Adakah guru di Taska, atau di Tadika? atau pengasuh yang mengasuh bayi anda? atau guru di sekolah rendah anak anda? atau ustazah yang mengajar anak anda mengaji?

Sebenarnya, IBU BAPA ADALAH "GURU PERTAMA" ANAKNYA.
 (This is our full time job and we know our child best)


Tasneem pun selalu cakap. "Tasneem suka mama jadi cikgu Tasneem. Tasneem suka mama yang ajar Tasneem. Walaupun mama marah, sebab mama tegas, tapi Tasneem suka mama yang ajar Tasneem". Tasneem baru nak masuk 5 tahun, Ogos ini.

Sebagai "full time parent" dan "full time speech therapist", saya ingin kongsikan aktiviti yang anda boleh lakukan bersama anak-anak untuk meningkatkan kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi anak anda.


1. Menyusu
-selalunya bayi akan menangis untuk mengatakan mereka lapar.
-ibu perlu melihat anak (pastikan ada "eye contact") sambil menyusukan anak.
-ibu boleh berkata "oh,  adik lapar." "Adik nak susu." "Emmm, sedap..."
-pastikan ada "pause" antara setiap ujaran anda
-jika anak anda cuba membuat bunyi "cooing" atau "babbling", ambil giliran untuk meniru bunyi yang dibuatnya.
-anda juga boleh menyanyi atau berzikir semasa menyusukan bayi anda.

2. Mandi
-waktu mandi, anda boleh sebutkan anggota badan anak semasa anda mandikannya. Contoh "mama nak sabunkan tangan adik" "ni perut adik" " gosok kaki adik"
-anda juga boleh ajarkan kata kerja dan adjektif seperti "jom mandi", "adik kotor" "adik dah wangi"
-gunakan intonasi yang menarik. (kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi, lazimnya menggunakan suara monotone, dan sukar memahami sama ada kita mengutarakan soalan atau memberi ayat penyata. Ini memberi kesan kepada komunikasi.)

3. Makan
-anda boleh berikan anak pilihan untuk memilih makanan yang digemarinya. Tak kisahlah sama ada anak menyebut nama makanan itu, atau menunjuk ke arah makanan yang disukainya.
-rangsangkan bahasanya dengan menamakan makanan tersebut.
-anda juga boleh namakan warna makanan itu.
-serta rasa makanan itu.
-komunikasi tidak semestinya melalui pertuturan sahaja. Sebaliknya kebolehan mengangguk kepala (untuk mengiyakan) dan menggeleng kepala (untuk menidakkan) adalah antara skill yang sukar bagi kanak-kanak bermasalah komunikasi.

Em, mudah saja kan??? Biasanya, kalau dah penat, mama pun dah tak larat nak cakap. Lepastu bawa anak masuk bilik air, siram-siram, sabun-sabun, bilas-bilas dah.. Pergi tidur. Hahahah.. ini contoh sahaja ye. Sebaiknya bercakap dan berkomunikasilah dengan anak anda. 3 aktiviti ini adalah aktiviti harian. Walaupun anak dihantar ke nuseri atau ada "maid" yang menjaga, cuba ambil kesempatan untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka, seperti makan bersama, mandikan dan menyusukan bagi bayi.
(p/s: jangan terkejut kalau anak anda bercakap bahasa Indonesia atau Myanmar kerana "maid" yang melakukan akiviti harian bersama mereka).

Sebagai 'guru pertama' anak-anak kita, kitalah yang perlu mengajar mereka. Bukannya buatkan semua benda untuk mereka. Seperti tajuk blog ini "parenting is a learning process". Jadi, jangan salahkan diri anda, sebaliknya kita cuba perbaiki cara kita. InsyaAllah.


Kepada yang ingin membuat temujanji, boleh terus hubungi saya di 019-4477963.

"terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengharungi perjalanan anda dalam membesarkan dan menjaga anak / ahli keluarga yang bermasalah pertuturan, bahasa dan komunikasi".

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..