May 27, 2012

Anak saya tak minat buku, tapi minat gadget. Macam mana nak bagi anak minat membaca???

Assalamua'laikum

Ramai ibu bapa yang bagi tahu saya, "emm, anak saya tak suka buku. Dia suka ipad", "anak saya suka tengok youtube", " anak saya suka tengok VCD, buku ni dia koyak aje".

Cuba kita muhasabah balik diri kita (termasuk saya jugak), kenapa anak kita cenderung minat gadget dari minat tv? Adakah suasana persekitaran (dalam rumah kita), tak ada sape pun baca buku, tak baca majalah, tak baca paper, semua tengok gadget je. Adakah macam tu? atau kita beli buku, tapi kita sorok kan aje, sebab tak nak anak koyakkan. Hasilnya, sekali je la tengok buku tu.

Sebenarnya penting untuk kita sebagai ibu bapa menciptakan suasana persekitaran yang sukakan buku dan suka membaca. Membaca sangat penting untuk kehidupan masa kini, malah ia penting untuk pembelajaran yang berterusan, ia meningkatkan daya imaginasi, ia membantu menangani masalah tekanan / stress, ia membuatkan kita terhibur dan banyak lagi.

Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan minat membaca kepada anak-anak kita:

1. Anda sebagai Model / Contoh Teladan

- satu cara paling baik dan berjaya untuk meningkatkan minat anak-anak untuk membaca dan cintakan buku, adalah dengan menunjukkan betapa anda minat membaca buku. Ibu bapa perlu menjadi model atau contoh teladan dalam membentuk minat dan peribadi anak. Minat boleh dipupuk dari kecil lagi.

2.Rutin dan Konsisten

-ibu bapa perlu konsisten dalam meningkatkan minat membaca ini. Jadikan ia amalan rutin, dan tetapkan masa tertentu untuk membaca setiap hari. Contohnya, setiap hari sebelum tidur.
Alhamdulillah, setakat ni anak-anak mama tak de lah suka koyakkan buku.

3. Bacakanlah

-bacakanlah buku kepada anak-anak anda. Apabila ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak, anak akan berasa gembira (walaupun anak semakin membesar).

4. Jangan cepat marah

-selalunya ibu bapa akan cepat marah apabila anak-anak mengambil buku dari rak buku. Dalam kata lain, menyelongkar atau menyepahkan rak buku tu. Janngan cepat marah, sebaliknya ajarlah anak untuk mengambil buku itu satu persatu dan menyimpannya semula. Kemudian, bacalah buku yang diambilnya itu (yang diminatinya), bersama-sama.
p/s: Harith suka selongkarkan buku, eh komik Detective Conan mama. Em, tapi dia suka baca juga. Just tengok gambar black and white dalam komik tu.)

5. -bersambung- (to be continued)

-Biasakan membaca buku mengikut bab. Maknanya, cerita tu akan bersambung pada keesokan harinya.  Atau pun, katakanlah anda anda 10 buku dalam 1 set, hari ni anda boleh baca 2 buku, esok lagi 2 buku dan seterusnya.
p/s: Saya suka baca siri Allah makes... dan Alam si kecil... Harith n tasneem sangat suka siri-siri ini. Buku-buku ni boleh tengok di sini. Dan boleh order dari saya.

ini siri ALam Si Kecil (Tahap 2). Ada tahap 1  yang sesuai untuk bayi

6. Buku di bilik tidur

-pastikan ada buku di bilik tidur anak-anak. Ini untuk meningkatkan minat mereka membaca.
p/s: Dari kecik sampai besar, saya mesti pastikan ada buku di sebelah saya, masa tidur. Dah jadi rutin harian sampai lah dewasa.

7. Suasana yang menarik

- memang kita boleh membaca buku di mana-mana sahaja. Tapi, untuk menarik minat anak, anda boleh sediakan satu bilik untuk aktiviti anak-anak di situ. Bukan saja boleh membaca buku, malah boleh melakukan aktiviti lain di situ. Sediakanlah meja dan kerusi yang sesuai untuk anak-anak. Di samping itu, pastikan tiada TV atau video game atau HP di dalam bilik itu.
p/s: jika anda inginkan tumpuan anak sepenuhnya, anda boleh silent kan telefon sekejap, semasa membaca bersama anak-anak.
saya ada jual / supply set meja & kerusi ni.
kalau nak order, boleh pm saya.
penghantaran ke seluruh semenanjung 

8. Banyakkan Pilihan

-Biarkan anak anda pilih bahan bacaan yang digemarinya. Mungkin anak nak baca atau tengok katalog, atau majalah Upin & Ipin, atau majalah 'memasak' mama, atau buku pembelajaran dan sebagainya. Jangan sekat pilihan mereka. Tetapi, pastikanlah bahan anda tu, yang 'baik'.
Walau bagaimanapun, kalau anak hanya suka membaca majalah, tapi tak suka baca buku ilmiah, anda mungkin boleh mencari buku ilmiah yang sesuai dengan minat mereka.


*Tips elak anak koyakkan buku: Ceritalah 'Saya sebuah Buku'

-masa saya kecil dulu, selalu cikgu (dalam tv pun ada rasanya), ceritakan tentang cerita 'saya sehelai sapu tangan', 'saya sebatang pensel' dan sebagainya. Ini untuk memupuk sikap sayangkan harta benda. Cuba ceritakan tentang 'saya sebuah buku' pada anak-anak anda. Ceritakanlah betapa gembiranya buku tu bila dibaca, dipeluk dan disimpan elok-elok. Dan betapa sedihnya buku tu bila dicampak, dikoyak dan diselerakkan.

OK lah, saya sambung lagi di entri akan datang.

Sudi-sudilah lawat Fan Page saya https://www.facebook.com/zuraidashahime
atau FB saya https://www.facebook.com/aida.illiyin

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..