May 26, 2012

Cukupkah masa anak saya tidur???

Assalamua'laikum.

Hari ini ada Open Day kat sekolah Tasneem. So far, ok. sebab tasneem tunjukkan prestasi yang cemerlang. Tapi, ada juga teacher yang complain sebab tasneem selalu tak datang sekolah. Hmm, memang last week, seminggu tasneem tak datang sekolah sebab demam dan asthma (sampai ambil neb lah jugak... huhu). Kalau sakit, mama tak bagi lah tasneem pergi sekolah. Kesian tasneem. Apa pun mama bangga dengan tasneem. :)

seronok sangat tasneem & harith main dekat tadika tadi

Em, sekarang dah start cuti sekolah 2 minggu. Macam-macam mama fikirkan nak buat aktiviti untuk tasneem dan adik. Mama tengah buat satu program untuk ajar tasneem cepat membaca dan ingat. Sebelum ni, mama pernah gunakan sistem ni untuk kanak-kanak yang bermasalah dyslexia. Masa mama tengah buat bahan-bahannya, tasneem tengok aje dan tak sabar nak buat aktiviti dengan mama. Asyik tanya 'dah siap ke?'. Emmm, mama kena lah buat material nya secepat mungkin ni. Sambil study balik nota-nota phonetic, phonological process dan speech development masa universiti dulu.

Eh, lari topik pulak. Mama nak tulis tentang tidur anak-anak ni. Cukup ke masa tidur Tasneem? Cukup ke masa tidur adik? Sebab cikgu ada cakap tasneem selalu moody waktu pagi-pagi. Mungkin masa tidur tasneem tak cukup. Kalau masa tidur tak cukup, tu yang 'moody' je tu. Rupanya masa tidur yang cukup ni berbeza dari seseorang individu mengikut umur.

Mengikut National Sleep Foundation, cadangan masa tidur adalah seperti di bawah (termasuk "nap"):

1. Infant
    0 - 2   bulan = 10.5 - 18 jam
    2 - 12 bulan = 14 - 15 jam


2. Kanak-kanak
    12 - 18 bulan = 13 - 15 jam
    18 bln - 3 thn= 12 - 14 jam - Harith
    3 - 5 tahun    = 11 - 13 jam - Tasneem
    5 - 12 tahun  = 9 - 11 jam


3. Remaja         = 8.5 - 9.5 jam'

4. Dewasa        = 7 - 9 jam - Mama & papa
   

Jadi, kalau ikut hours yang dicadangkan ni, emmm cukup rasanya waktu tidur ni. Cuma kadang-kadang tasneem tidur lambat sikit. Banyak sangat aktiviti nye. Sebelum tidur mesti nak mama bacakan buku atau mengaji. Hmmm, sayang anak-anak mama. Dan papa juga. :D

Emm, ada buku baru masuk, flashcards dan puzzle jugak. Boleh view di album kat FB saya. Just add aida_illiyin@yahoo.com.


No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..