October 31, 2011

Tips hari ini

Tegas dengan anak anda:

  • ibu bapa perlu tegas dengan anak. Jika tidak, kanak-kanak akan memanipulasi ibu bapa. Kesannya, kanak-kanak akan membuat pelbagai 'cara yg berjaya' untuk mendapatkan apa yg mereka mahu.
  • contohnya, Jika anak meminta sesuatu, pertama kali, ibu tidak berikan. Kemudian, anak itu menangis, ibu tidak berikan juga. Kemudian, anak itu menangis sambil berguling-guling atau menghentakkan kepala atau tidak berhenti-henti menangis, dan dengan segera ibu itu memberikan apa yang kanak-kanak itu mahu. Kesannya, anak itu sudah memahami, bahawa dia boleh mendapatkan sesuatu yg dimahukannya dengan cara menangis. 
  • Ibu bapa perlu tegas, tapi tidak perlu mengasari anak mereka. Tidak perlu memukul, mencubit atau menampar. Cukup sekadar berkata-kata dengan suara yg tegas. 

Jadi, apa yang terbaik perlu dilakukan?
  • Beritahu kepada anak anda sebab kenapa anda tidak memberikannya benda itu -adakah kerana bahaya, atau sudah banyak benda yg sama atau tidak mahu berebut dgn adik.
  • tidak perlu memberi perhatian kepadanya semasa anak cuba menarik perhatian anda dengan menangis
  • Anda boleh memberi denda 'time out' kepadanya - letakkan dia di satu penjuru rumah dan menghadap ke arah dinding.
  • Anda boleh berikannya pujian secara verbal dan nyatakan perasaan bangga anda kepadanya
  • Anda boleh memberikan benda yg dimahukannya dgn syarat dia melakukan sesuatu yg baik - contohnya, letak semua baju kotor ke dalam mesin basuh, simpan mainan yang berselerak dan sebagainya.
Semoga berjaya dengan tips ini. Ingat, parenting is a learning process. Jadi mari kita belajar bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..