November 02, 2011

Alegik Susu Lembu - Eczema Part 2

Ada beberapa tips penjagaan untuk kanak-kanak yg mengalami masalah eczema ini:




Sentiasa lembapkan kulitnya
    • Gunakan pelembap setiap kali selepas mandi. Dulu saya gunakan krim QV. (sebab anak saya alegik Aques cream)
    • Elakkan mengelap badannya dengan tuala selepas mandi. Sebaliknya, anda perlu tepuk badannya dengan perlahan (just tap), kemudian terus sapukan pelembap
Elakkan penggunaan sabun 
    • Penggunaan sabun mandi akan mengeringkan kulit. Gunakan sabun yg lebih banyak pelembap atau sangat kurang bahan sabunnya.
    • Untuk sabun basuh, gunakan sabun yang tidak terlalu kuat. Gunakan sabun basuh pakaian khas untuk bayi. Sesetengah kanak-kanak alegik dengan sabun ini. Ada juga yg tidak boleh apabila pakaiannya dijemur di bawah matahari terik - ia menyebabkan tindak balas kimia yg menyebabkan kegatalan / ketidakselesaan.


Pilih pakaian jenis 'cotton'
    • Gunakan pakaian jenis kain 'cotton', termasuklah cadar, sarung bantal dan sebagainya. 
    • Untuk melihat koleksi pakaian 'Tasneem Collection', anda boleh ke www.tasneemshop.com (SORRY, still under construction)
    • www.tasneemshop.com


Elakkan benda yg berhabuk/debu
      • contohnya permaidani, sofa, teddy bear yg berbulu, langsir tebal dan sebagainya. Kalau boleh, pastikan semuanya tiada di rumah anda.
    • Kalau boleh gunakan 'air filter' di rumah untuk menapis habuk
    • Penggunaan air cond juga digalakkan. Tetapi pastikan air cond di servis.
    • Jika menggunakan kipas, sentiasa cuci bilah kipas jika ia berhabuk.
    • Elakkan membeli alat permainan yg mudah berhabuk seperti teddy bear. Anda boleh gantikan dengan teddy bear dari material lain yg tidak berhabuk


Jauhkan dari haiwan peliharaan
    • Jangan memelihara kucing di rumah. Bulu-bulunya akan menyebabkan keadaan anak anda semakin teruk


Elakkan menggaru bahagian yg gatal
    • ini kerana, ia akan menyebarkan lebih banyak kuman  dan menyebabkan masalah eczema itu semakin teruk
    • kalau boleh, pakaikan anak dengan sarung tangan - kerana anak akan berasa lebih gatal lagi pada waktu malam. Sesetengah doktor akan memberikan ubat antihistamine untuk kanak-kanak berumur lebih dari 2 tahun.

No comments:

Post a Comment

Jom bincang bersama..